Reaksi, Emosi Dan Aksi Cristiano Ronaldo Semasa Final Euro 2016

Cristiano Ronaldo adalah satu nama yang tidak asing asing dalam dunia bola sepak. Beliau seorang pemain yang mempunyai karisma dan aura yang tersendiri. Salah satunya adalah keinginan beliau yang menggunung terhadap trofi kejuaraan. Masih ingatkah anda semua bagaimana aksi C.Ronaldo semasa perlawanan akhir Piala Euro 2016 menentang Perancis.

Sedikit kronologi apa yang berlaku kepada C.Ronaldo semasa perlawanan akhir;

1. C.Ronaldo telah dicederakan oleh Payet semasa separuh masa pertama.

2. Beliau cuba untuk bermain, setelah pehanya dibalut.

Hancur Hatiku. (Telegraph.Co)

3. Beliau akhirnya terpaksa dikeluarkan.

4. Jatuhnya air mata jantan beliau kerana tidak dapat membantu pasukan dalam saat genting

5. Beliau duduk dibangku simpanan sambil menyaksikan rakan seperjuangan beliau berjuang.

6. Pelbagai gaya dan aksi beliau tunjukkan.

7. Eder menjaringkan gol pada separuh masa kedua semasa masa tambahan. Gol dramatik yang menyebabkan C.Ronaldo hilang akal.

8. Masa berbaki lagi tinggal lagi dua minit. C.Ronaldo bangun menuju ke tepi padang bersama jurulatihnya.

9. Kerana terlalu teruja dan dan gementar, beliau telah menolak-nolak jurulatihnya sendiri.

10. Pengadil meniupkan wisel akhir. C.Ronaldo kekejangan muka kerana terlalu gembira sambil menjerit “Vamos!, vamos!

11. C. Ronaldo akhirnya menjulang Piala Euro juga sambil menjerit “Vamos! ,vamos!

12. Tamat.

CR Kekejangan Otot Muka.(Indianxpress)

Baiklah, kalau yang ada data unlimited bolehlah tonton video dibawah. Kronologi yang aku taip di atas anggaplah aku taip untuk golongan yang pakai prepaid yang ada data 1gb je sebulan. Itu pun dah habis sebab banyak tengok Tumblr.

Baca Juga

Baca Juga