Reaksi Fred Selepas Menjaringkan Gol Yang Luar Biasa Indah Dan Menakjubkan

Nama Fred pada hari ini boleh dilihat di mana-mana sahaja platform media sosial, dengan ramai peminat yang memuji dan menyanjungi bintang Brazil itu.

Mengapa nama beliau disebut-sebut pada ketika ini? Ia kerana Fred telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Crystal Palace malam semalam.

Beliau bahkan telah menjadi antara pemain paling berprestasi sejak dari tiga perlawanan terakhir bersama Manchester United dalam saingan Premier League.

Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan yang beliau sebelum ini sering berada dalam kesebelasan utama kerana bakat dan kehebatan yang beliau miliki.

Maka dakwaan yang mengatakan Fred selalu ada dalam kesebelasan utama kerana ada gambar tak bermoral pengurus adalah salah dan palsu.

Beliau dipilih untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama kerana beliau memang layak dan beliau sememangnya nadi utama pasukan Manchester United.

Mungkin Fred tidak begitu sesuai dengan peranan yang diberikan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini, dan kerana itulah beliau tidak begitu menjadi ketika beraksi di bawah kendalian pengurus dari Norway itu.

Ketika bermain di bawah kendalian Michael Carrick, Fred berjaya menunjukkan sesuatu yang berbeza dan membuatkan banyak mata mula tertumpu ke arahnya.

Kini, selepas melihat aksi beliau bermain dalam sistem Ralf Rangnick, baru ramai yang sedar Fred sebenarnya ada kualiti yang tidak ada pada pemain lain.

Beliau boleh memimpin skuad Man Utd dan menjadi nadi penting baik ketika menyerang, mahupun ketika membantu barisan pertahanan.

Fred menjaringkan gol yang cukup padu dengan menggunakan kaki kanan beliau ketika aksi bertemu Palace semalam, seterusnya gol itu menjadi gol kemenangan untuk Man Utd mencatatkan kemenangan.

Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd, laman rasmi Manchester United telah mengeluarkan video reaksi Fred selepas menjaringkan gol tersebut.

Beliau jelas sangat gembira dengan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan untuk United dan menyatakan bahawa:

“Hai guys, saya Fred, terima kasih atas sokongan kamu semua, sangat hebat untuk menjaringkan gol dihadapan kamu, yeah, jumpa lagi nanti guys, bye bye.”

Sungguh comel wajah Fred mengucapkan terima kasih kepada peminat serta meluahkan apa beliau rasa selepas kejayaannya menjaringkan gol untuk Manchester United.

Selepas tamat perlawanan tersebut, pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick turut meluahkan rasa terkejut dan terkesima beliau melihat gol yang super cantik dari Fred.

Beliau bahkan terpaksa bertanya kepada pembantu jurulatih adakah Fred dominan dengan kaki kiri atau kanan, dek kerana hebatnya gol jaringan dari bintang Brazil itu.

“Saya terpaksa bertanya kepada penolong jurulatih saya sama ada Fred tu kaki kanan ke kiri, saya tidak percaya. Saya fikir dia hanya boleh menembak dengan kiri.”

“Fred adalah pemain yang hebat. Apa yang dia lakukan dengan (Scott) McTominay dengan bola hari ini, inilah yang kami perlukan. Saya gembira untuknya.”

“Ini perkara yang aku boleh perkatakan selepas dua hari disini aku banyak banyak perkara mengenai Fred dari Ole.”

“Sekarang apa yang boleh aku perkatakan adalah sangat hebat mempunyai pemain seperti Fred dalam pasukan,”

“Aku rasa semua orang sayangkan Fred. Kau pun patut sayang Fred. Baru dua hari kenal, Fred dah bersinar lain macam.

Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot juga terkejut dengan kemampuan Fred untuk menjaringkan gol dengan kaki kanan.

“Saya tidak pernah melihat Fred menyepak bola dengan kaki kanannya sebelum ini! Saya sangat gembira untuknya, dia berhak mendapat gol itu, dia pemain yang hebat untuk pasukan kami.”

Gol tersebut menyaksikan Fred telah menjaringkan dua gol mempunyai gol di liga berbanding Lionel Messi dahn Harry Kane.

Para peminat juga sudah tidak sabar untuk melihat aksi Fred yang memukau itu selepas ini.

Sumber: Twitter

BACA:  Video: Casemiro Rembat Muka Fred Dan Ia Dilihat Sangat Menyakitkan