Reaksi Henderson Meraikan Gol Jaringan Kane Mencuri Tumpuan Peminat

England berjaya mencatatkan salah satu keputusan terbaik dalam sejarah bola sepak mereka selepas menewaskan Jerman dalam saingan Euro 2020.

Skuad kendalian Gareth Southgate cemerlang menewaskan Jerman 2-0 di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di Wembley kemarin.

Kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan dengan perlawanan berbaki 20 minit sahaja lagi untuk ditamatkan oleh pengadil perlawanan.

Ramai yang menjangkakan perlawanan tersebut akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dan akan dilanjutkan ke masa tambahan.

Namun begitu, Raheem Sterling berjaya memecah kebuntuan selepas beliau cemerlang meledak gol pembukaan untuk England pada minit ke-75 permainan.

Bola hantaran lintang Luke Shaw tepat menemui kaki Raheem Sterling yang dengan tenang menolak bola masuk menewaskan Manuel Neuer untuk gol pembukaan The Three Lions.

Perlawanan tersebut mulai rancak sebaik England berjaya peroleh gol awal mereka dengan kedua-dua pasukan mula mempamerkan aksi serang menyerang.

Gareth Southgate ketika itu memutuskan untuk membawa masuk Jordan Henderson dengan harapan pemain berpengalaman itu mampu untuk membantu barisan pertahanan supaya tidak dibolosi.

Peminat yakin Southgate akan mula meminta para pemainnya untuk bermain lebih kepada bertahan selepas melihat Henderson hendak dimasukkan.

Walau bagaimanapun, beberapa detik sahaja sebelum bintang Liverpool itu untuk masuk ke padang, England berjaya menggandakan kedudukan seterusnya membuka laluan selesa untuk mereka mara ke peringkat suku akhir.

Jack Grealish berjaya menemui Harry Kane yang berada dalam kotak penalti dengan melambungkan bola yang cantik dan ditanduk dengan kemas oleh bintang Spurs itu untuk menewaskan Neuer.

Gol tersebut merupakan gol pertama Harry Kane dalam kejohanan ini selepas mengharungi empat perlawanan.

Henderson berada di tepi padang ketika gol itu dijaringkan dan beliau kelihatan seperti peminat setia England ketika meraikan gol jaringan Harry Kane itu.

Rakaman aksi Henderson yang awalnya cuba beri semangat kepada jentera serangan England dan meraikan jaringan tersebut telah dimuat naik oleh laman rasmi Euro 2020.

โ€œTeruskan, H!โ€

Jelas kedengaran suara teriakan dari Henderson ketika England sedang merencana build up untuk gol tersebut.

Beliau kemudiannya melompat keriangan sambil memeluk pengurusnya, Gareth Southgate dengan penuh kegembiraan.

Peminat tertarik untuk melihat bagaimana pricelessnya reaksi Henderson ketika beliau meraikan jaringan tersebut.

Reaksi yang cukup santai dan menunjukkan bagaimana pentingnya gol itu untuk Henderson.

Henderson tidak mendapat minit permainan yang banyak dalam kejohanan ini dengan beliau sering diketepikan kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Ketua pasukan Liverpool itu terlepas untuk beraksi dalam saingan premier league selama tiga bulan ekoran dari masalah kecederaan yang beliau hadapi.

Ia bermaksud beliau sempat bermain selama 45 minit dalam kejohanan ini sebelum aksi bertemu Jerman sebelum ini.

Namun begitu, walaupun beliau kekurangan minit permainan, Henderson tetap menunjukkan bagaimana semangatnya beliau meraikan jaringan Kane.

England selepas ini akan berdepan dengan Ukraine di pusingan suku akhir pada hujung minggu nanti di Rome.

Skuad The Three Lions tentunya tidak sabar untuk menantikan Piala utama pertama mereka sejak 55 tahun lalu.

Selepas tersingkirnya pasukan pilihan seperti Perancis, Portugal, Netherlands dan Jerman, England sepertinya berpeluang cerah untuk menjuarai saingan Euro kali ini.

Mereka merupakan satu-satunya pasukan yang masih kekal belum dibolosi sehingga ke hari ini, dan tentunya anak-anak buah Gareth Southgate mahu mengekalkan momentum sama bertemu Ukraine nanti.

Jadi aksi suku akhir di Rome nanti tentunya akan menyajikan aksi dan persembahan yang sangat berbaloi untuk disaksikan.

Sumber: GMS

BACA:ย  Sebab Utama Mengapa Henderson Teruk Kena Boo Dengan Penyokong Newcastle