Reaksi Jack Grealish Yang ‘Blur’ Tidak Tahu Maksud Ensiklopedia Tular di Internet

Reask Jack Grealish yang agak ‘menakjubkan’ ketika ditanya oleh wartawan tentang pengetahuan ensiklopedianya tentang bola sepak telah tular.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu tidak diturunkan oleh pengurus England, Gareth Southgate, dalam perlawanan pertama Kejohanan Eropah menentang Croatia, dan dalam perlawanan kedua Grealish diturunkan pada separuh masa kedua namun gagal untuk membantu pasukannya menjinakkan Scotland apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Sebelum perlawanan menentang Scotland, Grealish dijemput untuk satu sesi temuramah dan pada satu ketika, wartawan bertanyakan padangannya tentang pengurus Aston Villa, Dean Smith, yang memuji pengetahuannya dalam bola sepak.

“…ada mengatakan kamu adalah ibarat ensiklopedia dalam bola sepak. Mana datangnya tu?” Soal wartawan wanita yang bersuara professional tersebut.

Grealish, dengan muka bingung bertanya semula,”Apa dia?”

“Ensiklopedia untuk bola sepak,” wartawan tersebut mengulangi soalan, lalu dijawab oleh Grealish;

“Aku tak tahu apa maksud tu.”

Selepas bertanya dari mana Grealish mendapat pengetahuan pasal bola, wartawan tersebut dengan baik hati menerangkan maksud perkataan ensiklopedia.

“Jadi kamu dah tahu semua benda yang perlu tahu pasal bola,” katanya.

“Sebuah ensiklopedia adalah sebuah buku yang mempunyai huraian tentang setiap perkataan dan benda dalam dia.”

Boleh tengok sesi temuramah penuh di bawah.

Dalam temuramah yang sama, Grealish turut ditanyakan apakah pandangannya berkenaan komen terbaharu Jose Mourinho, yang mana telah menghurai panjang tentang bakat pemain ini dan membandingkannya dengan bekas bintang Real Madrid dan Portugal, Luis Figo.

“Aku tak suka nak banding-banding ni, terutamanya dengan pemenang Bola Emas, tapi Grealish ni mengingatkan aku kepada Figo,” ujar Mourinho kepada talkSPORT.

“Figo, aku kerja dengan dia dalam fasa yang berlainan dalam karier aku tapi aku dapat dia dalam musim terakhir dia sebagai pemain bola di Inter MIlan dan walaupun dalam musim terakhir, dia macam ‘bagi aku bola tu, aku setelkan masalah korang’.

“Cara Grealish dapatkan bola, serang lawan, dapat kekasaran, dapat penalti, dia power gila, aku suka dooooo kat dia.”

Selepas ditanya tentang perkara itu, Grealish menjawab yang dia pun sebenarnya berhajat untuk bermain di bawah kendalian Jose Mourinho pada suatu hari nanti.

“Aku ada dengar apa yang Mourinho cakap tu, ramai orang hantar cerita tu ke aku,” Grealish memberitahu talkSPORT.

“Kau kena cuba untuk tak berapa layan sangat, sama ada benda baik atau buruk. Seronok lah juga rasanya bila orang bercakap pasal kau, terutamanya seseorang tu yang macam Jose Mourinho.

“Dah banyak dia sumbangkan kepada bola sepak, dia sangat popular dalam bola sepak dan tak sikitlah pengetahuan dia dalam bola.

“Luis Figo adalah orang yang aku sanjung semasa aku kecil. Dia memang hebat, tapi apa yang penting ialah ia datang dari mulut Mourinho, seorang pengurus yang hebat.

“Dia dah buat banyak benda yang menakjubkan dalam bola. Harapnya satu hari nanti aku boleh main bawah dia lah.”

Dengan pasukan England hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan, para penyokong England, termasuklah mereka yang lahir di bekas tanah jajahan British, sudah mula bising terhadap Southgate.

Mereka mahukan Southgate melakukan perubahan dalam kesebelasan utama dengan menggandingkan Grealish bersama kapten Harry Kane dan pemain muda ajaib dari Manchester City, Phil Foden, sekaligus mengenepikan seorang lagi pemain City, Raheem Sterling ke bangku simpanan.

Dalam perlawanan menentang Scotland, Foden tampil sebagai pemain yang paling berbahaya untuk England, namun dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk memberi laluan kepada Grealish, manakala Sterling dikekalkan sehingga wisel penamat.

Bab penyokong England tak puas hati tu kita cerita lain.

Cerita diklepet dari sportBIBLE

BACA:  Tweet Lama Grealish Tentang Ronaldo Kembali Tular Di Media Sosial