Reaksi Kaka Terhadap Kemenangan Ballon d’Or Ronaldo Sangat Mengujakan

Ricardo Kaka bekas pemain dan kini merupakan lagenda AC Milan merupakan manusia terakhir di muka bumi ini yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebelum anugerah tersebut didominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo kini telah menyamai pencapaian Lionel Messi dengan lima kemenangan dan persaingan antara dua manusia super dijangka akan terus berlarutan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi.

Pada tahun 2007 Ricardo Izecson dos Santos Leite menurut nama dalam kad pengenalan Brazil pemenang anugerah tersebut yang bukan Messi atau Ronaldo selepas berjaya membawa AC Milan mejuarai Champions League.

Ketika majlis di Paris tersebut berlangsung, pemain tengah Brazil itu telah ditanya apa pendapat beliau mengenai dominasi Ronaldo dan Messi sejak sedekad yang lalu?

Roberto Carlos, Cannavaro, Kaka, Ronaldo Spicy, Kolonel KFC, Ronaldo Original, Owen

Jawapan dari Kaka yang merupakan penyanyi lagu Bawaku Pergi berduet dengan Zizan sangatlah mengujakan dan sempurna.

“Tahun ini genaplah 10 tahun sejak aku menang Ballon d’Or. Sejak itu hanya Messi atau Ronaldo menjadi pemenang.”

“Situasi ini bagus untuk aku kerana semua orang akan terus mengingati aku.”

Sangat padu dan masuk akal jawapan Kaka itu, jika tidak sudah pasti tiada yang ingin mengambil tahu jika pemenang Ballon d’Or adalah berlainan setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini.

Sudah takdir menentukan pertemuan tak disangka, takdir jua menentukan perpisahan, di talian cinta ini terjalin ikatan mesra walau hanya seketika sungguh bermakna begitulah kewujudan Messi dan Ronaldo dalam masa yang sama.

Sebelum mengakhiri ucapan Kaka sempat berpesan :

“Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh”

Baca Juga

Baca Juga