Reaksi Kante Tak Sedar Beliau Telah Dikasari Pemain Brighton Mencuri Perhatian Peminat

Rasanya hanya Kante seorang sahaja dalam dunia bola sepak profesional hari ini yang boleh berfikir beliau telah mengasari pemain lain, sedangkan beliau lah yang dikasari.

Pening bukan? Ya Kante telah dikasari oleh pemain lawan, dan ketika pengadil membunyikan wisel, beliau fikir pemain lawan itu yang dikasari olehnya.

Pemain paling mulia dan merendah diri dalam dunia bola sepak itu telah dibawa masuk pada aksi babak kedua dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 bertemu Brighton kemarin.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan Kante cemerlang mengawal kawasan tengah padang dengan sempurna.

Pada minit ke-88 dalam perlawanan tersebut, Kante berjaya memenangi bola dari Steven Alzate, dengan pemain berusia 23 tahun itu tersembam mencium tanah ketika beliau bergelut dengan Kante.

Sebaik Mike Dean membunyikan wisel, beliau dengan segera meminta pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepadanya dengan Kante terus kembali ke kawasan sendiri untuk bantu pertahanan.

Kerana Kante sememangnya seseorang yang merendah diri, beliau langsung tidak membantah atau mempertahankan dirinya dengan beliau terus saja berlari turun ke bawah semula.

Walau bagaimanapun, beliau sendiri agak terkejut kerana Mike Dean sebenarnya menghadiahkan sepakan percuma itu kepadanya dan bukanlah kepada Steven Alzate.

Para peminat bahkan turut terharu melihat bagaimana merendah dirinya seorang Kante yang sempat berfikir beliaulah yang mengasari pemain lawan sedangkan beliau yang dikasari.

“Saya rasa ini pertama kali saya nampak situasi macam ini, dia boleh terus ke belakang tanpa membantah dan merasakan yang dia mengasari pemain itu.”

“Oh tuhan, ada ke manusia dalam dunia ni yang mampu benci Kante? Dia terlalu sempurna untuk dibenci atau dikritik.”

“Kante tak pernah mengecewakan, dia sentiasa akan membuktikan kemuliaan hati dia pada semua, apa yang menariknya dia lakukan semua itu tanpa dia sedar.”

“Saya rasa pemain pasukan lawan pun sayang dia, pemain yang tak ada pembenci sama sekali.”

“Saya bukan penyokong Chelsea dan saya sangat berharap untuk lihat Kante bermain bersama pasukan saya sokong, Arsenal. Mesti mustahil kan (emoji sedih).”

Kante pada musim ini sedikit bergelut dengan masalah kecederaan dan beliau turut berada di bangku simpanan sahaja ketika aksi kekalahan bertemu Aston Villa sebelum ini.

Bekas bintang Leicester City itu jelas sekali dianggap antara pemain paling mulia dalam dunia bola sepak, dan beliau turut menikmati pelbagai kejuaraan indah sepanjang kariernya.

Baru-baru ini, Kante pernah mendedahkan tentang halangan-halangan yang beliau perlu lalui dan bagaimana beliau tidak pernah lupa dari mana beliau datang.

“Ia tidak semestinya perlu terus merendah diri.”

Jelas beliau kepada laman rasmi Chelsea ketika meraikan ulang tahun kelimanya bersama kelab.

“Untuk sampai di sini, untuk sertai Chelsea, skuad kebangsaan Perancis, ia merupakan perjalanan yang sangat panjang dan penuh cabaran.”

“Ketika usia yang sangat muda, banyak pusat latihan yang tidak mahu menerima saya.”

“Saya banyak kali gagal untuk menyertai pasukan profesional. Tapi saya bersyukur dengan perjalanan saya, mengenang semua orang yang saya dah jumpa dan menyokong karier saya.”

“Saya berjaya dan ia tentang menikmati saja kesemuanya. Sangat bersyukur melihat di mana saya berada lepas apa saya lalui, saya akan terus pergi lebih jauh sejauh yang saya mampu.”

Kante sememangnya seorang pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau juga antara pemain midfield yang paling digeruni lawan.

Satu hal yang pasti, selain akan terus dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, beliau juga akan dikenang sebagai pemain paling mulia pernah ada dalam dunia bola sepak.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Video: Bukti Kemuliaan Hati Kante Melayan Peminat Tak Kira Tempat Dan Masa