Reaksi Kecewa Mbappe Melihat Kedudukan Beliau Dalam Senarai Pemenang Ballon D’or

Kylian Mbappe nampak langsung tak gembira dengan kedudukan beliau dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021.

Beliau berada di kedudukan kesembilan dalam senarai tersebut, dengan reaksi yang Mbappe tunjukkan membuktikan beliau tidak berpuas hati.

Pemain kebangsaan Perancis itu hadir di majlis penyampaian hadiah di Paris, yang mana ia adalah kota di mana beliau bermain di peringkat kelab bersama Paris Saint Germain.

Kota yang sama yang mahu beliau tinggalkan sejak dari jendela perpindahan musim panas lalu, dan mungkin akan beliau tinggalkan pada musim panas akan datang.

Beliau dari awal tidak henti-henti mengukir senyuman di bibir manisnya termasuk ketika beliau menurunkan tandatangan pada jersi skuad kebangsaan Perancis dan diserahkan kepada pelumba Formula One, Esteban Ocon.

Pelumba Formula One itu hadir ke majlis ini untuk bersama dengan Fernando Alonso menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Namun sebaik mengetahui kedudukan beliau dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or tahun ini, Mbappe terus menunjukkan reaksi tidak gembira.

Kamera merakam Mbappe yang bermasam muka melihat kedudukan beliau itu sedang duduk disebelah Lionel Messi dan Luis Suarez.

Sepanjang tahun 2021 ini, Mbappe berjaya menjaringkan 45 gol dan mencatatkan 20 assists, namun beliau berada di belakang pemain seperti Kevin De Bruyne, Mo Salah, Cristiano Ronaldo, N’Golo Kante, Karim Benzema dan Jorginho.

Rekod terbaik pemain berusia 22 tahun itu dalam anugerah Ballon D’or adalah pada tahun 2018 yang lalu, dengan beliau berada di kedudukan keempat.

Mbappe pada ketika itu menjadi watak penting yang membantu skuad kebangsaan Perancis untuk memenangi Piala Dunia.

Pada tahun 2017, beliau berada di kedudukan ketujuh, dan pada tahun 2019 pula Kylian Mbappe berada di kedudukan keenam dalam senarai ini.

Tahun lalu tiada pemenang yang diumumkan kerana anugerah tersebut telah dibatalkan oleh pihak penganjur kerana dunia dilanda wabak pandemik.

Walaupun beliau nampak berduka dan tidak berpuas hati, namun bekas bintang Monaco itu tetap bangun dan naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah kepada Alexia Putellas.

Bukan hanya Mbappe sahaja yang berduka, ramai lagi peminat seluruh dunia turut merasakan hal yang sama selepas melihat Robert Lewandowski tidak memenangi anugerah tersebut.

Lionel Messi yang muncul sebagai pemenang pada tahun ini juga merasakan yang hak Lewandowski untuk memenangi anugerah Ballon D’or sebenarnya dirompak.

Messi akui hak Lewandowski untuk memenangi anugerah Ballon D’or Dirompak

Lionel Messi mengakui yang hak Robert Lewandowski untuk dinamakan sebagai penerima anugerah Ballon D’or sebenarnya telah dirompak.

Beliau juga meminta supaya France Football menyerahkan kepada Lewandowski anugerah Ballon D’or yang sepatutnya beliau menangi pada tahun lalu.

Lionel Messi telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or 2021 dengan beliau kini merupakan pemenang tujuh kali anugerah paling berprestij itu.

Bintang berusia 34 tahun itu merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut, dengan Messi pada tahun ini berjaya membawa Argentina untuk memenangi Piala pertama mereka sejak tahun 1993 yang lalu.

Messi pada musim panas lalu cemerlang memimpin Argentina untuk menjuarai saingan Copa America dan beliau turut menyapu bersih semua anugerah individu lain yang dipertandingkan di kejohanan tersebut.

Lewandowski sementara itu berada di kedudukan kedua dengan beliau turut dinamakan sebagai penerima anugerah khas ‘Striker of the Year’.

Ketika Messi memberikan ucapan, beliau telah menyebut nama Lewandowski, dan mengakui hak pemain kebangsaan Poland itu untuk memiliki bola emas itu telah dirompak.

Bintang Paris Saint Germain itu menegaskan yang anugerah Ballon D’or 2020 yang telah dibatalkan kerana masalah pandemik itu harus diserahkan kepada Lewandowski.

Lewandowski sangat jelas merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu, selepas beliau berjaya meledak 55 untuk Bayern Munich dan membantu kelabnya untuk memenangi gelaran treble.

Dek kerana beliau tidak diberikan anugerah tersebut, Lewandowski telah diberikan anugerah ‘FIFA Best Men’s Player Award’ pada tahun lalu.

“Saya mahu menyebut nama Robert, ia merupakan satu kebanggaan untuk saya bersaing dengan dia.”

Jelas Messi di atas pentas.

“Saya rasa France Football sepatutnya berikan anugerah Ballon D’or 2020 kepada kamu, kamu berhak untuk itu.”

Bukan hanya Lewandowski seorang sahaja yang kecewa kerana beliau tidak memenangi anugerah tersebut, namun sebenarnya ramai lagi yang turut merasakan hal yang sama.

Legenda bola sepak Sepanyol, Luis Suarez bahkan turut mengeluarkan kenyataan sebelum bermulanya acara ini yang beliau sanggup memberikan bola emas yang beliau miliki kepada Lewandowski, seandainya pemain Poland itu gagal memenanginya pada tahun ini.

Robert Lewandowski walau bagaimanapun tetap menunjukkan sikap matang dan terpuji, selepas beliau memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk memuji dan mengucapkan tahniah kepada Messi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  6 Pemain PSG Mengadu Kepada Presiden Kelab Mengenai Mbappe