Reaksi Klopp Melihat Hantaran Van Dijk Hampir Menewaskan Alisson

Liverpool telah berjaya menewaskan Watford dua gol tanpa balas dalam perlawanan ke-17 Premier League musim 2019/20 meneruskan rentak cemerlang mereka musim ini.

Musim yang penuh seri buat Liverpool minggu ini apabila mencatatkan kemenangan ke-16 dalam 17 perlawanan setakat ini.

Mohamed Salah telah menjaringkan dua gol yang sangat mengancam lagi padu dan menawan hati semua walaupun kau bukan penyokong Liverpool.

Di saat melihat gol Salah pasti ‘wow’ akan terpacul di mulut.

Pada minit ke-79 ketika mendahlui 1-0 telah terjadi salah faham yang mungkin berpunca dari kealpaan dan kurang fokus.

Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk nyata tidak terlepas dari kesilapan, itulah lumrah hidup manusia yang tidak dapat lari dari kesilapan.

Van Dijk telah melakukan hantaran ke belakang tanpa menyedari penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker telah lari naik untuk mendapatkan bola.

Mujurlah hantaran Van Dijk itu tidak menepati sasaran dan sedikit jauh dari gawang gol.

Alisson Becker mengejar bola itu dan cuba menangkap bagi mengelakkan daripada sepakan penjuru tetapi tidak berjaya.

Reaksi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang melihat situasi itu jelas lega selega-leganya.

“Ai, ai, ai, ai!” Mungkin itu yang bermain di mulut Klopp.

Sepuluh minit selepas kejadian ini Salah telah menggandakan kedudukan bagi memastikan tiga mata dan terus membunuh perlawanan.

Satu gol yang bukan biasa-biasa kerana terhasil melalui satu filck yang ringkas lagi bersahaja disusuli nutmeg yang menyaksikan bola melalui dibawah telur Christian Kabasele.

Ramai menyatakan bahawa Origi cuba melakukan rembatan tetapi meliar dan kelaut. Sebenarnya itulah satu gerakan palsu Origi yang nampak seperti membuat rembatan tetapi menghasilkan satu hantaran.

Baca Juga

Baca Juga