Reaksi Mbappe Ketika Hazard Bisik ‘Hala Madrid’ Sungguh Priceless

Eden Hazard dilaporkan berbisik ‘Hala Madrid’ kepada pemain sasaran Los Blancos, Kylian Mbappe ketika aksi pertemuan antara Perancis bertemu Belgium semalam.

Mbappe hangat dikaitkan bakal menyertai Real Madrid dengan bintang Perancis itu sendiri secara terbuka mendedahkan hasratnya untuk ke Santiago Bernabeu.

Baru-baru ini, beliau mendedahkan hasratnya untuk menyertai Real Madrid pada jendela musim panas ini, selepas kontraknya bersama PSG tamat.

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Paris Saint Germain telah menolak tawaran dari Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Mbappe, walau gergasi Sepanyol itu menawarkan tawaran yang sangat tinggi.

Hal itu walau bagaimanapun tidak mematikan hasrat pemain berusia 22 tahun itu untuk melengkapkan perpindahannya ke Real Madrid secara percuma selepas kontraknya tamat.

Oleh yang demikian, pemenang Piala Dunia itu boleh menyertai rakan senegaranya, Karim Benzema dan Eden Hazard di Santiago Bernabeu seandainya beliau menandatangani perjanjian bersama Los Blancos.

Baru-baru ini, ketika aksi perlawanan peringkat separuh akhir saingan UEFA Nations League, Hazard dilaporkan berbisik ‘Hala Madrid’ kepada Kylian Mbappe.

Namun ada juga yang mengatakan Hazard tidak berbisik’Hala Madrid’, sebaliknya beliau bercakap sesuatu hal yang lain.

Perdebatan berkait apa yang dikatakan oleh Hazard turut hangat di media sosial, namun hakikatnya, tidak kira apa yang dibisikkan oleh bintang Real itu, reaksi Mbappe cukup membuktikan beliau terhibur.

Mbappe terus mengukir senyuman manis sebaik mendengar bisikan dari Hazard dan ia sudah cukup untuk memberi kelegaan kepada para penyokong Real Madrid, yang berharap untuk melihat kedua-dua mereka bergandingan bersama nanti.

Seandainya Carlo Ancelloti melihat aksi Mbappe dalam perlawanan tersebut, beliau jelas sekali akan sangat teruja dan kagum dengan persembahan dari bintang PSG itu.

Kylian Mbappe mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam membantu Perancis melakukan comeback untuk tewaskan Belgium 3-2.

Beliau mendominasi aksi babak kedua permainan, dan berjaya untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Belgium.

Ketinggalan 2-0, Mbappe berjaya membantu Perancis untuk melakukan comeback menewaskan Belgium 3-2 untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan UEFA Nations League.

Mbappe memulakan gerakan yang mana berjaya disudahi dengan jaringan dari Karim Benzema untuk mengubah kedudukan menjadi 2-1.

Beliau kemudiannya turut mencatatkan nama sebagai penjaring gol selepas menyempurnakan sepakan penalti yang dimenangi oleh Antoine Griezmann.

Theo Hernandez kemudiannya menjaringkan gol kemenangan untuk Perancis pada masa kecederaan permainan, untuk mengesahkan tempat beraksi dalam perlawanan akhir bertemu Sepanyol hujung minggu ini.

Sementara isu berkait masa depan Kylian Mbappe turut semakin hangat diperdebatkan oleh para peminat selepas ini.

Paris Saint Germain tidak akan sanggup melepaskan beliau secara percuma sahaja, maka mereka tentunya akan lebih sanggup untuk menjual Mbappe pada jendela perpindahan Januari ini berbanding menunggu beliau pergi sebagai pemain berstatus free ejen.

Walau bagaimanapun, Real Madrid perlu berdepan cabaran dari Manchester City yang turut sangat terdesak untuk mendapatkan khidmat bintang Perancis itu, dan sanggup mengeluarkan berapa sahaja untuk mendapatkan tandatangannya.

Tambahan pula, kini Newcastle United yang sudah dimiliki oleh Syarikat Konsortium Arab Saudi, akan turut sama mengejar Mbappe untuk ditandatangani, dan semua tahu The Magpies mempunyai kemampuan untuk melakukan hal itu.

Newcastle United jelas menjadi pasukan pilihan untuk menandatangani Kylian Mbappe kerana melihatkan kemampuan mereka dari segi kewangan yang sangat kukuh.

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada Mbappe sendiri untuk menentukan masa depan beliau. Adakah beliau akan ke Newcastle selepas dapat tawaran gaji yang menakjubkan? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Nilai Pasaran Mbappe Turun Sebanyak 26.5%