Reaksi Naib Presiden Kelab Dan Peminat Chapecoense

Kejadian pesawat terhempas melibatkan pasukan Serie A Brazil nyata mengejutkan dunia bola sepak malah ada yang mengimbau kembali ‘Munich Disaster’ yang membabitkan pasukan Manchester United pada tahun 1958.

Naib Presiden kelab Chapecoense, Ivan Tozzo telah bercakap kepada SporTV di Brazil selepas pengesahan bahawa hanya 6 orang yang terselamat dalam kejadian nahas yang mengorbankan 76 yang lain.

“Sangat sedih apabila menerima berita kejadian ini pada pagi ini. Satu berita yang berada di luar jangkaan dan tidak di duga.

“Kami berhimpun di stadium untuk memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dan terjejas dengan kejadian ini. Mereka adalah orang yang menyayangi Chapecoense. Satu situasi yang luar biasa dan sukar untuk kami terima hakikat ini.

chapecoense-crash-wreckage

“Kami hanya menunggu, semua orang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dan perkara ini akan kami lalui dengan cara kami. Kesakitan ini amat perit untuk dihadapi.

“Telah lama saya berada di Chapecoense dan saya tahu apa yang kami lalui untuk sampai ke tahap ini. Sekarang kami berada di sini. Saya tidak akan menyatakan bahawa kami berada di puncak tetapi seluruh negara mengetahuinya dan satu tragedi seperti ini telah berlaku.

“Satu tragedi yang besar dan amat berat.

Suasana di Chapecoense Stadium

Terdapat beberapa orang pemain tidak mengikuti pasukan untuk perlawanan tersebut mereka adalah Lima, Neném, Demerson, Boeck, Andrei, Hyoran, Martinuccio, Moisés dan Nivaldo. Sesetengah mereka telah tiba di kelab dan mula berkabung.

Baca Juga

Baca Juga