Reaksi Neymar semasa meraikan gol selepas Edison Cavani menjaringkan gol melalui satu rembatan padu dari luar kotak penalti disifatkan sebagai kebudak-budakkan oleh para hakim di atas talian.
Rasanya tidak perlu diceritakan lagi berulang kali kisah perebutan penalti antara penyerang prolifik PSG, Edison Cavani dan pemain termahal dunia, Neymar yang memaksa pengerusi PSG menawarkan wang sehingga RM5 juta.
Sepuluh hari selepas kejadian rebut-merebut ketika menentang Lyon pada 17 September lalu, masih terdapat ketegangan yang bertaburan di atmosfera pasukan PSG ketika mereka menewaskan pasukan yang sentiasa membelasah Arsenal 5-0 di pentas Eropah, Bayern Munich.
Dalam perlawanan menentang Bayern Munich semalam dapat dilihat, Neymar segera menyerbu kepada Dani Alves selepas Alves menjaringkan gol pertama PSG. Dua puluh satu minit kemudian, boom! Cavani menjaringkan satu gol yang padu.
Ketika waktu dan detik inilah reaksi Neymar menjadi viral di atas talian.
Neymar when Dani Alves scored vs. when Cavani scored. #PSGBAY ?? pic.twitter.com/H7i6SXqTya
— Bilal B. (@JuveBillz) September 27, 2017
Neymar tidak segera pergi untuk meraikan gol bersama Cavani tetapi menunggu Kylian Mbappe yang mencipta bantuan gol. Neymar dan Mbappe kemudian pergi kepada Cavani untuk menyertai majlis keraian gol.
I can't believe I'm watching this kind of thing but… Neymar doesn't immediately celebrate with Cavani, waits for Mbappe, then goes over.
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) September 27, 2017
Kerana gembira dan atas semangat berpasukan yang tinggi Neymar memeluk Cavani dengan penuh kasih sayang dan dilihat sempat mengusap rambut Cavani yang dipenuhi minyak rambut Tancho. Kenapa la tak pakai je Pomade.
Tout va bien #PSGFCB pic.twitter.com/y2LASr6Pjc
— Guillaume L. (@GuillaumL_) September 27, 2017
Mungkin tiada niat dihati Neymar untuk bersikap sedemikian tetapi ini semua hanya persepsi negatif dari warga internet kerana mereka berpelukan dan mengusap rambut walaupun tiada aksi cium mulut.
Dalam perlawanan tersebut juga dapat dilihat Cavani menenangkan dan memberi semangat kepada Neymar untuk melupakan kegagalan itu selepas Neymar terlepas peluang menjaringkan gol.
Ketegangan antara mereka juga mungkin tidak seperti apa yang dilaporkan media kerana kedua-dua itu kelihatan gembira dengan kemenangan dan meraikan bersama selepas tamat perlawanan.