Reaksi Ole Gunnar Solskjaer Melihat Jaringan Amad Diallo

Jaringan tanpa lihat Amad Diallo telah menjadi bualan peminat bola sepak walaupun sekadar seri 1-1 selepas Manchester United terkena dan merasai keperitan jaringan penyamaan minit akhir.

Reaksi Ole Gunnar Solskjaer telah dirakam usai Amad Diallo menjaringkan gol yang penuh berseni hasil hantaran genius Bruno Fernandes.

Pengurus dari Norway itu telah memasukkan Amad Diallo sejurus bermula separuh masa kedua menggantikan Anthony Martial yang kelihatan tidak berfungsi seperti kebiasaan.

Amad tanpa membuang mangsa telah memberikan impak luar biasa, lebih luar biasa daripada Luxor.

Ketika bola di kaki Bruno Fernandes, Amad Diallo dengan yakin melakukan larian ke tengah kotak penalti sambil meminta bola walaupun diekori rapat pemain AC Milam/

Melihat keyakinan tinggi Amad, Bruno terus menghantar bola lambung lalu ditanduk Amad dengan mebelakangkan gawang dan menghasilkan gol pertama perlawanan.

Ole Gunnar Solskjaer telah bangun dan mendepakan tangan seperti orang lain meraikan gol sambil menepuk tangan sebagai tanda ucapan tahniah kepada pemain muda tersebut.

Selepas perlawanan Ole Gunnar Solskjaer memberi penjelasan kenapa beliau mengeluarkan Martial. Tindakan ini dilakukan kerana Martial mengalami kecederaan.

Keceraan Martial memanjangkan lagi senarai pemain yang cedera terutamanya di bahagian serangan selepas Marcus Rashford dan Edison Cavani.

Tiada rungutan dari Ole dan peminat Manchester United tentang kecederaan yang dialami pemain kerana peminat Setan Merah sangat matang dan memahami kecederaan itu lumrah bola sepak.

Kalau terjadi dekat satu pasukan tu, bising 8 tahun.

Selepas perlawanan ketika berbicara kepada BT Sports, Ole Gunnar Solskjaer nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan memuji pemain berusia 18 tahun itu.

β€œBanya lagi yang perlu dipelajari dan beliau akan menjadi lebih baik.”

β€œBeliau kreatif. Beliau bermain dengan penuh kebebasan.”

Ole Gunnar Solskjaer tidak lupa bahawa gol itu terhasil daripada hantaran Bruno Fernandes.

β€œSatu hantaran yang bagus dari Bruno Fernandes sebenarnya yang menjadi punca gol tersebut terhasil.

β€œAmad telah pun beraksi sebelum ini tapi gol ni baik punya.”

Pada usia 18 tahun dan 243 hari, Amad Diallo menjadi pemain bukan British termuda menjaringkan gol untuk Manchester United di kejohanan utama Eropah.

Secara keseluruhan, Amad Diallo menjadi pemain keempat termuda Manchester United menjaringkan gol dikejohanan Eropah selepas Mason Greenwood, Marcus Rashford dan George Best.

1. Mason Greenwood – 17 tahun dan 353 hari
2. Marcus Rashford – 18 tahun dan 117 hari
3. George Best – 18 tahun dan 158 hari
4. AMAD DIALLO – 18 tahun dan 243 hari

BACA:Β  Terkini: Ole Diberikan Tiga Perlawanan Untuk Menyelamatkan Kariernya