Reaksi Palmer Berkait Dakwaan Khabib Tentang ‘Ring Girl’ Tak Perlu Ada

‘Ring Girl’ UFC, Brittney Palmer ketawa kerana terhibur dengan kenyataan kontroversi dari Khabib Nurmagomedov berkait gadis seksi di gelanggang MMA.

Khabib Nurmagomedov sebelum ini mengkritik fungsi ‘Ring Girl’ dalam dunia sukan MMA, dan menganggap mereka sebenarnya golongan paling tak berguna dalam dunia sukan tempur.

Gadis gelanggang dalam dunia sukan MMA atau tinju sudah wujud sejak berzaman-zaman lamanya, namun kewujudan mereka kini sering dipertikaikan oleh ramai pihak.

Segelintir peminat mengkritik idea untuk menggunakan gadis cantik dan seksi yang berjalan keliling gelanggang sambil membawa cardboard itu merupakan idea kuno dan sudah ketinggalan zaman.

Walau bagaimanapun, masih tetap ada peminat yang suka dan selesa dengan hal tersebut dan menganggap ia sebagai penyeri dalam dunia sukan MMA.

Tidak kira apa alasannya, suka atau tidak, apa yang pasti, gadis gelanggang sudah mencetuskan perbalahan yang agak besar di kalangan peminat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Legenda terhebat sepanjang zaman UFC, yang juga bekas Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov merupakan salah seorang individu yang langsung tidak suka dengan kewujudan gadis gelanggang.

Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini, legenda UFC itu menyatakan bahawa:

“Lihat, saya tidak mahu menyerang sesiapa. Gadis gelanggang sebenarnya orang-orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan seni bela diri campuran.”

“Apa fungsi mereka? Saya ada soalan: boleh kamu paparkan setiap pusingan itu di skrin besar sahaja?”

“Saya rasa mereka merupakan orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan MMA. Apa fungsi diorang? Bagaimana?”

“Adakah mereka kembangkan sukan ini? Atau adakah mereka membantu orang untuk lihat yang ini pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya.”

Conor McGregor kemudiannya menghentam kenyataan dari seteru utamanya itu, dengan beliau memuat naik meme yang menunjukkan Khabib bersama dua otai Ring Girl UFC, Arianny Celeste dan Brittney Palmer.

Brittney Palmer kemudiannya berkongsi semula muat naik dari McGregor itu dengan beliau dilihat sangat terhibur.

Legenda UFC, Michael Bisping turut berkongsi pandangan beliau tentang dakwaan yang dilakukan oleh Khabib.

Bisping mendedahkan yang beliau sebenarnya peminat setia bekas Juara dunia lightweight UFC itu, namun beliau tidak setuju dengan pendapat Khabib.

Beliau merasakan yang gadis gelanggang perlu ada untuk membantu syarikat menambah dana tambahan dari tajaan dan pengiklanan.

“Tidak ada sesiapa akan peduli tentang ring girl, itu bukan cara ia berfungsi.”

Jelas Bisping.

“Mereka sebenarnya penyeri untuk setiap acara. Dan saya suka kerana ia sangat historic dalam sukan tinju dan sekarang MMA, itu sudah tentu. Ia menambah sedikit keseronokkan.”

“Saya peminat setia Khabib. Tapi jangan lah macam ni. Biarkan gadis-gadis itu ada kerja. Mereka buat duit dengan tajaan dan pengiklanan.”

Kalau peminat tertanya-tanya tentang Brittney, beliau boleh dilihat akan ada di sekitar gelanggang di acara UFC Vegas 36 hujung minggu ini nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Khabib Dan Seedorf Buka Akademi Bola Berasaskan MMA