Reaksi Peminat Selepas Mohamed Salah Memotong Jambang

Ini bukan gurauan. Ini betul-betul.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah membuat satu kejutan apabila memotong jambang di mukanya.

Kerana sering dicop sebagai penerjun di atas padang, Salah mengambil keputusan untuk menukar penampilannya di atas padang. Harap-harap pengadil x cam lepas ni !

Salah yang turut dikenali sebagai ‘Th Egyptian King’ memuat naik penampilan barunya di Instagram beliau selepas membantu Liverpool mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Bournemouth pada Sabtu lalu.

Salah ‘membersihkan’ janggut dan jambungnya untuk tampil 10 tahun lebih muda dari umur beliau yang asal.

Seperti dijangka, kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat reaksi rakan-sepasukan Salah di Liverpool mengenai penampilan barunya itu.

Pemain yang semakin dilupakan, Alberto Moreno antara paling awal meninggalkan komen di Instagram Salah dengan mempersoalkan identiti individu yang berada di dalam gambar.

Pemain pertahanan terbaik dunia, Dejan Lovren menjawab pertanyaan Moreno dengan berkata individu yang berada di dalam gambar adalah adik kepada Salah yang 10 tahun lebih muda.

Peminat Liverpool di laman sosial juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen mengenai penampilan terbaru Salah.

https://twitter.com/Hitchuan/status/1094557962662744064

BACA:  Al-Ittihad Teruskan Perbincangan, Yakin Salah Mahu Tinggalkan Liverpool