Reaksi Riang Gembira Pemain Colchester United Diundi Bertemu Manchester United

Pemain pasukan Colchester United tidak dapat menahan perasaan dan emosi kegembiraan yang melonjak-lonjak serta membara didalam sanubari masing-masing apabila diundi bertemu Manchester United di suku akhir EFL Cup.

Colchester United mudah ke suku akhir selepas menewaskan Crawley Town 3-1 dipusingan 3 dan sudah pasti mahukan satu lawan mudah dan berpengaruh di suku akhir bagi melayakkan diri ke separuh akhir dan menjana pendapatan.

Manchester United pula mara ke suku akhir selepas berjaya menewaskan pasukan kegemaran mereka dari awal musim, Chelsea dengan jaringan 2-1 dan kedua-dua gol dijaringkan oleh Marcus Rashford.

Gol sepakan percuma Rashford yang sebegitu padu umpama Cristiano Ronaldo nyata tidak menggentarkan Colchester United, ini mungkin kerana Rashford bersyukur dapat 3 mata.

Wartawan : Tahniah Marcus, harijadi kau esok. Adakah ini cara terbaik untuk meraikannya?

Rasford : Erm, yeah, mengutip 3 mata merupakan cara yang kau mahu mulakan hari seperti esok.

Beraksi di League 2 England, bermakna Colchester United berada di liga bawahan yang berada dilapis ke-4, Premier League, Championship, League 1 dan League 2. Disitulah kedudukan Colchester United.

Mereka bersorak sakan sambil menepuk meja, bersalaman sesama sendiri sejurus diumumkan lawan mereka di suku akhir adalah Manchester United seolah-olah mereka yakin untuk meraih sesuatu daripada Setan Merah.

Apa pun keputusan, menang atau kalah Colchester United sudah pun memperoleh keuntungan daripada pertemuan dengan Manchester United.

Daripada reaksi pemain Colchester United mereka seolah-olah yakin untuk menewaskan kelab paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United yang semakin hilang taring.

Baca Juga

Baca Juga