Reaksi Shaw Selepas Pamer Aksi Masterclasses Di Halaman Baru Jose Mourinho

Luke Shaw telah menunjukkan reaksi yang sungguh priceless selepas mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di halaman baru Jose Mourinho awal pagi tadi.

Aksi hebat dan menakjubkan yang dipamerkan oleh Luke Shaw berjaya membantu England membelasah Ukraine 4-0.

Skuad kendalian Gareth Southgate menang selesa di peringkat suku akhir saingan Euro 2020 ini dan mereka dijadualkan akan bertemu Denmark di peringkat separuh akhir nanti.

Aksi bertemu Ukraine merupakan perlawanan pertama England bermain di luar dari Wembley sepanjang kejohanan ini.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan itu telah dilangsungkan di Stadio Olimpico, yang mana ia merupakan halaman rasmi untuk kelab AS Roma, yang ketika ini dikendalikan oleh Jose Mourinho.

Mourinho akan mula mengendalikan Roma bermula dari musim hadapan dan beliau sangat dikenali sebagai seorang pengurus yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dengan Luke Shaw.

Pengurus dari Portugal itu sememangnya seperti ada masalah dengan Shaw terutama ketika kariernya selama dua tahun di Old Trafford sebelum ini.

Bintang berusia 25 tahun itu telah berjaya mencatatkan assists untuk gol jaringan Harry Kane dan Harry Maguire dalam perlawanan ini.

Beliau kemudiannya telah ditanya adakah beliau mempamerkan aksi yang begitu hebat dan mengujakan kerana beliau sedang bermain di halaman baru Jose Mourinho.

Beliau selepas ketawa sinis kemudiannya telah menjawab:

“Tengok, semua itu tak ada masalah, saya rasa Jose ada pandangan dia sendiri, dia sebelum ini bekerja dengan talkSPORT dan ia merupakan hak kebebasan untuk bersuara, dia boleh cakap apa saja dia nak cakap.”

“Saya akan terus berusaha dan akan terus tunduk tanpa mendongak ke langit. Saya abaikan segalanya dan beri tumpuan pada permainan.. sasaran saya adalah untuk bantu England dan tak kira apa, saya akan berikan segalanya.”

Di sudut satu lagi, Mourinho tampil di acara talkSPORT dan beliau telah menyatakan bahawa:

“Luke Shaw bermain dengan baik dan semakin baik.”

Para peminat kemudiannya membahaskan hal tersebut di media sosial dengan kebanyakkan dari mereka memuji kejayaan Shaw membuktikan pada Mourinho yang beliau salah menilai bekas pemainnya.

“Mourinho mungkin akan sanggup paksa Roma untuk keluarkan belanja besar dalam usaha dia untuk tandatangani Shaw.”

“Semakin dia cuba buktikan yang Shaw tak bagus, semakin bagus pula aksi yang dipamerkan oleh Shaw untuk buktikan kemampuan sebenar dia.”

“Mourinho sebenarnya tak boleh terima yang dia dah salah menilai, bila dia kata Shaw teruk, Shaw semakin bagus, jangan terkejut nanti Mourinho kata Shaw semakin matang sebab kritikan dari dia.”

“Apa yang pasti, dia lah yang sebenarnya mensia-siakan bakat sehebat Shaw, kalau Shaw masih bermain di bawah kendalian dia, kita tak akan lihat pemain full-back terhebat dunia itu beraksi seperti sekarang.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang rasa puas hati melihat Shaw berjaya menutup mulut Mourinho dengan mempamerkan aksi permainan yang menakjubkan.

Assists Shaw untuk Harry Maguire datangnya dari sudut sepakan percuma, dan ironinya, ia seolah menganjing kritikan yang dilemparkan oleh Jose Mourinho pada bulan lalu.

Bercakap kepada talkSPORT, pengurus dari Portugal itu menganggap Shaw langsung tak pandai membuat hantaran set piece, terutama ketika aksi bertemu Czech Republic.

Beliau ketika itu telah menjelaskan bahawa:

“Perkara negatif yang akan saya katakan adalah mereka sekali lagi menunjukkan kelemahan ketika menyerang dari sudut sepakan penjuru.”

“Hantaran-hantaran yang ada teramat sangatlah teruk. Mereka ada ramai pemain bagus yang boleh mengambil sepakan penjuru. Hantaran itu bukan hantaran mencari rakan.”

“Luke Shaw, pada pandangan saya dia sangat bagus dalam perlawanan ini, tapi dia sangat lemah ketika mengambil sepakan penjuru. Kalvin Phillips juga sama.”

“England ada kekuatan mereka di tahap ini dan masuk ke pusingan kalah mati, satu sepakan penjuru boleh ubah keputusan permainan.”

Hari ini, di halaman terbaru Jose Mourinho, Shaw telah menunjukkan bagaimana kualiti set piece beliau dan telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

England berjaya membelasah Ukraine 4-0 hasil dua gol jaringan Harry Kane, satu gol jaringan Harry Maguire dan satu lagi gol dijaringkan oleh Jordan Henderson.

Tugas berat menanti skuad kendalian Gareth Southgate selepas ini dengan mereka akan berdepan dengan pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka, Denmark.

Kedua-dua pasukan tentunya akan melakukan yang terbaik memandangkan mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk beraksi di pentas perlawanan akhir.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Berang Dituduh Atur Perlawanan, Conte Gelar Mourinho Sebagai Talam Dua Muka