Gol dari sepakan percuma Ashley Young bukan biasa-biasa tapi sangat ‘gila’ sehingga membuatkan Jose Mourinho terkejut lalu tercirit seperti tidak percaya melihat gol sepakan percuma tersebut.
Superb freekick dari Young itu merupakan kejutan kedua buat Jose Mourinho. Kejutan pertama adalah apabila Paul Pogba membenarkan Young untuk mengambil sepakan walaupun mengetahui Young mampu membuat sepakan yang baik ketika latihan.
Young telah pun menjaringkan gol pertama melalui rembatan rendah yang padu dari luar kotak penalti sebelum tampil untuk mengambil sepakan ketika Pogba berjaya mendapat sepakan percuma mahu melakukan tendangan.
? | @youngy18 has still got it, re-live his majestic free-kick from last night. https://t.co/GdxXESxFuL
— Man Utd Stuff (@ManUtdStuff) November 29, 2017
Pogba yang mahu mencuba nasib melakukan sepakan telah memberi peluang itu kepada Young dan Boom!! Gol terhasil.
Dan selepas perlawanan Mourinho sendiri mengakui terkejut dengan tindakan Pogba.
“Young selalu berlatih membuat sepakan percuma dan kadar jaringan ketika latihan sangat bagus, jadi elok juga Young mempunyai keyakinan untuk cuba membuat sepakan selepas gol pertama.”
“Aku terkejut jugak la, Pogba bagi Young sepak. Pada usia senjanya, Young bermain lebih baik berbanding sebelum ini.”
Kejutan kedua Mourinho adalah selepas Young menjaringkan gol yang sangat awesome di mana Heurelho Gomes tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat bola melencong masuk ke penjuru gawang sebelum terkulai di dalam gol.
Seakan tidak percaya Mourinho berpaling ke belakang melihat bangku simpannan Manchester United meraikan gol dengan muka kaku dan keras.