Reaksi Van de Beek Ketika Sedar Yang Penyokong Man Utd Masih Sayangkan Beliau

Salah seorang wartawan telah memberitahu Donny Van de Beek yang penyokong Manchester United sebenarnya masih sangat sayang dan menyokong beliau sepenuhnya.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Van de Beek ketika temu bual itu jelas sekali mencuri perhatian peminat dan beliau juga nampak sangat gembira mendengar kenyataan tersebut.

Pemain midfield berusia 25 tahun itu menghabiskan suku kedua musim lalu bersama Everton sebagai pemain pinjaman.

Beliau kembali ke Old Trafford pada musim panas ini dan jelas sekali De Beek sangat berharap beliau akan mampu mendapat tempat dalam skuad utama United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Memandangkan kedua-dua Van de Beek dan Erik ten Hag pernah bekerjasama ketika karier mereka di Belanda, maka ramai percaya yang pemain midfield itu bakal mendapat tempat dalam skuad utama.

Segalanya nampak positif untuk Van de Beek pada awal kariernya bersama Ten Hag di Old Trafford pada ketika ini.

Van de Beek telah diturunkan ketika aksi babak kedua dalam perlawanan persahabatan bertemu Crystal Palace di Melbourne.

Beliau ketika itu dimasukkan pada aksi babak kedua menggantikan pemain utama skuad, Scott McTominay.

Pemain midfield Belanda itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Tiga minit sahaja selepas beliau dimasukkan, beliau telah menunjukkan persembahan yang dasyat terutama ketika melorongkan bola kepada Marcus Rashford.

Ia merupakan satu assists yang sungguh luar biasa dasyat dari pemain kebangsaan Belanda itu dalam penampilan ketiga beliau pada musim panas ini.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh De Beek jelas sekali sangat memberangsangkan dan para peminat benar-benar teruja dengan persembahan mantap yang beliau persembahkan.

Dan selepas wisel penamat dibunyikan, pemain kebangsaan Belanda itu telah ditanya tentang sokongan yang beliau terima dari para penyokong terutama ketika sedang melalui kesukaran di Old Trafford.

Ketika beliau mendengar yang para penyokong sangat sayang dan sentiasa memberi sokongan penuh kepadanya, Van de Beek menunjukkan reaksi yang sungguh priceless.

Senyuman yang beliau ukir sudah cukup untuk membuktikan yang beliau sememangnya sedang sangat gembira.

Tidak lama selepas itu, pemain berusia 28 tahun itu telah ditanya tentang bagaimana perasaan beliau dapat kembali berkerjasama dengan Erik ten Hag.

Van de Beek sebelum ini pernah menghabiskan tiga musim beraksi di bawah kendalian Erik ten Hag di Ajax sebelum beliau akhirnya memutuskan untuk menyertai Manchester United.

Pada awal bulan ini, Van de Beek menyatakan yang beliau sangat gembira untuk kembali ke United selepas beliau menghabiskan tempoh 6 bulan di Goodison Park pada musim lalu.

Beliau pada ketika ini sangat berhasrat untuk mendapatkan minit permainan sebanyak yang mungkin di bawah kendalian Erik ten Hag.

“United merupakan sebuah kelab yang besar dan mempunyai ramai penyokong, untuk menyarung jersi ini, ia sentiasa memberikan satu perasaan yang sangat istimewa.”

Jelas Van de Beek kepada media di Bangkok.

“Begitu la apa saya rasa. Saya sangat gembira kerana dapat kembali.”

Ketika ditanya tentang impian beliau beraksi pada musim baharu ini, beliau menambah bahawa:

“Saya rasa saya mahu dapatkan minit permainan sebanyak yang mungkin.”

“Saya rasa kami perlu perbaiki dan bermain sebagai satu pasukan. Jika kamu lihat musim lalu, memang banyak yang perlu kita perbaiki pada musim ini, kemudian kita akan lihat di mana kita akan ada. Kita akan berjuang semampu kita.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Titipkan Tribute Buat Cristiano Ronaldo