Real Madrid Anggap Undian Semula Champions League Satu ‘Skandal’

Kontroversi yang tercetus ekoran undian semula terpaksa dilakukan UEFA untuk saingan Champions League telah menyebabkan pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid melabelkannya sebagai satu skandal.

Dalam undian awal dijalanka, Real Madrid mendapat laluan mudah apabila diundi bertemu kelab dari Portugal, Benfica yang boleh dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual.

Dalam undian yang diadakan di Nyon, Switzerland, terdapat satu kejadian aneh dan misteri berlaku di mana Villareal pada awalnya telah diundi bertemu Manchester United.

Tetapi kedua-dua pasukan telah pun bertemu dan bersama dalam peringkat kumpulan F, jadi bekas penyerang Arsenal Andrey Arshavin telah diminta untuk mencabut undian sekali lagi.

Tetapi bola United tidak dimasukkan ke dalam mangkuk undian kembali oleh Arshavin selepas nama Atletico Madrid naik– walaupun pasukan gergasi bakal juara Liga Perdana Inggeris tersebut berpotensi untuk bertemu wakil dari Sepanyol itu.

Akan tetapi, petugas majlis telah meletakkan bola yang mengandungi nama pasukan Liverpool di dalam balang untuk menentukan pasukan yang berpotensi untuk bertemu Atletico Madrid, walaupun pasukan yang dibimbing oleh Jurgen Klopp itu sudahpun bertemu pasukan ibu kota Sepanyol itu dalam peringkat kumpulan.

Atletico Madrid kemudian telah diundi bertemu wakil Jerman, Bayern Munich dan difahamkan pasukan dari Sepanyol tersebut sangat kecewa dengan kesilapan yang berlaku kerana mereka terpaksa berdepan dengan pasukan yang paling kuat dalam ranking coefficient UEFA.

Manchester United pula ‘dihadiahkan’ satu mimpi ngeri juga apabila diundi bertemu jaguh dari Perancis, Paris Saint Germain, yang bakal menyaksikan pertemuan semula perseteruan yang sudah lama tidak dilihat – Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kekeliruan itu telah mencetuskan kontroversi dan keputusan undian itu telah dipersoalkan kesahihannya. Sejam selepas itu UEFA mengumum keputusan undian itu dibatalkan dan undian semula akan diadakan.

Hasil dari undian semula itu menyaksikan Real Madrid ditakdirkan bertemu Paris Saint Germain yang merupakan lawan kepada Manchester United dalam undian yang dibatalkan.

Sudah pastilah Real Madrid tidak berpuas hati kerana mendapat laluan agak keras dan sukar namun Real Madrid terpaksa menerima keputusan undian kali kedua itu.

Gergasi Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan UEFA kerana mereka percaya bahawa keputusan undian mereka menentang Benfica adalah sah dan tanpa sebarang kesilapan.

Mario Cortegana dari Goal Sepanyol telah melaporkan bahawa Real Madrid telah menyifatkan kontroversi ini sebagai satu skandal.

Sumber sah Real Madrid menggambarkan keputusan ini sebagai “skandal”. Sebabnya pertemuan Real Madrid dengan Benfica betul-betul sah, kemudian terjadinya kesilapan.”

“Di Bernabéu mereka menganggap bahawa adalah tidak logik bahawa undian mereka dipengaruhi oleh apa yang berlaku selepas itu dan telah undian dijalankan secara rasmi.”

“Di samping itu, dari pejabat Valdebebas, UEFA sebelum ini telah dimaklumkan secara peribadi mengenai kedudukan ini, dengan penjelasan yang sesuai.”

“Entiti yang dipengerusikan oleh Florentino Pérez menentang setiap masa pengulangan undian. Bagaimanapun, badan tertinggi bola sepak Eropah tidak mengendahkan permintaan ini.”

Hubungan antara Real Madrid sudah lama terjejas kemuncakknya ketika cadangan penubuhan Super League yang dikepalai Real Madrid yang ditentang hebat UEFA dan kontroversi ini terus memberi kesan negatif.

“Peristiwa ini terus merenggangkan hubungan yang sudah lemah antara Real Madrid dan UEFA, yang berkait rapat dengan Super League.”

“Projek Super League, yang diterajui bersama Barcelona dan Juventus serta Real Madrid, bertujuan untuk menamatkan amalan tertentu UEFA sendiri dalam bola sepak semasa. Keadaan ini hanya terus menghangatkan isu.”

UEFA berkata dalam satu kenyataan rasminya;

“Berikutan daripada masalah teknikal dengan perisian daripada pembekal luar yang memberikan arahan kepada para pegawai tentang pasukan manakah yang layak untuk bermain sesama mereka, membawa kepada ralat material dalam undian Liga Juara-Juara UEFA pusingan 16-pasukan.”

Lantaran itu, UEFA telah mengumumkan masa baru untuk proses undian tersebut bagi mewujudkan satu undian yang adil kepada pasukan bertanding tanpa sebarang unsur kontroversi.

Selepas undian semula dilakukan inilah perlawanan dan siapa lawan masing-masing bagi pasukan yang bertanding.

1. RB Salzburg (AUT) vs Bayern Munich (GER)

2. Sporting CP (POR) vs Manchester City (ENG)

3. Benfica (POR) vs Ajax (NED)

4. Chelsea (ENG) vs Losc Lille (FRA)

5. Atlético Madrid (ESP) vs Manchester United (ENG)

6. Villarreal (ESP) vs Juventus (ITA)

7. Inter Milan (ITA) vs Liverpool (ENG)

8. Paris Saint-Germain (FRA) vs Real Madrid

Bayern Munich, Benfica dan Ajax mampu menarik nafas lega mendapat lawan lebih mudah. Chelsea tidak berubah lawannya apabila tetap bertemu Lille.

Liverpool, Inter Milan, PSG dan Real Madrid mendapat laluan sukar dalam keputusan undian semula ini. Ateltico Madrid dan Manchester United pula seakan tidak berubah darjah kesukaran mereka.

BACA:  Valverde Anggap Salah Tidak Menghormati Real Madrid