Real Madrid Berharap Gareth Bale Sempat Sembuh Menjelang Derby Madrid

Penyandang juara La Liga, Real Madrid berharap beberapa pemain utama seperti Gareth Bale, Raphael Varane, Dani Carvajal dan Keylar Navas sempat pulih dari kecederaan menjelang pertemuan penting menentang seteru setempat, Atletico Madrid apabila liga bersambung.

Bale, Carvajal, Varane dan Navas dianggap sebagai tonggak utama skuad Real Madrid dan kepulangan mereka ini diharap mampu membantu prestasi Real Madrid yang agak terumbang-ambing musim ini ditambah pula perlawanan selepas ini adalah perlawanan derby menentang seteru sebandar yang bakal dilangsungkan di Stadium New Wanda Metropolitano pada 18 November ini.

Akhbar Marca melaporkan semua pemain utama Real Madrid bakal kembali dalam pasukan utama kecuali Mateo Kovacic yang masih lagi menerima rawatan selepas mengalami putus urat di bahagian paha beliau.

Sentiasa Cedera.

Gareth Bale dijangka bakal kembali diturunkan dalam kesebelasan utama apabila rehat aksi antarabangsa selesai. Bintang Wales ini telah diketepikan lebih sebulan akibat mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara pada bulan September lalu.

Bale telah kembali menjalani latihan minggu lalu tetapi masih terlalu awal untuk diturunkan ketika Real Madrid mencatat kemenangan 3-0 ke atas Las Palmas hujung minggu lalu. Beliau juga terpaksa melupakn hasrat untuk mewakili Wales dimana negaranya bakal menentang Perancis dalam perlawanan persahabatan.

Pengurus Real Madrid, Zinedane Zidane berkata Bale bakal kembali dipilih untuk pasukan utama apabila mereka bertandang ke Atletico Madrid dua minggu lagi.

“Kami mahu Bale kembali beraksi. Beliau sedang menjalani latihan dengan baik. Bale mungkin sedikit ketinggalan pada masa kini dan sebab itulah beliau tidak diturunkan ketika perlawanan menentang Las Palmas. Kami kini mempunyai masa 15 hari untuk mempersiapkan beliau. Pelan saya adalah untuk beliau akan bermain dalam perlawanan Atletico Madrid nanti.”

Masalah Kecederaan peningkan Zidane

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane turut terlepas dua perlawanan terdahulu Los Blancos iaitu ketika menentang Tottenham dan Las Palmas kerana mengalami kecederaan semasa mereka tewas mengejut di tangan Girona dua minggu lepas.

Varane dilihat telah sembuh dari kecederaannya dan telah dipilih oleh pengurus Perancis untuk mewakili negaranya bagi perlawanan persahabatan menentang Wales dan Jerman.

Dua lagi pemain, Keylar Navas dan Dani Carvajal juga dilaporkan telah meningkatkan program pemulihan mereka dan seperti dilaporkan akhbar Marca, mereka berdua sudah boleh diturunkan untuk perlawanan menentang Atletico Madrid.

Navas tidak bermain sejak Real Madrid mencatatkan keputusan seri menentang Spurs di Santiago Bernabeau pada 17 Oktober, manakala Carvajal telah terlepas 8 perlawanan kerana mengalami jangkitan bakteria.

Kepulangan 4 pemain ini dijangka akan menaikkan semangat skuad Real Madrid dalam usaha mereka mengejar pendahulu liga, Barcelona yang kini selesa dengan perbezaan 8 mata selepas mengalami permulaan musim yang agak perlahan.

Real Madrid kini berada di tangga ke-3 liga, berkongsi mata dengan Atletico Madrid dengan masing-masing mengumpul 23 mata selepas 11 perlawanan. Valencia mencatatkan permulaan musim yang amat cemerlang dan berjaya menduduki tangga ke-2 selepas mengumpul 27 mata, 4 mata di belakang Barcelona yang meraih 31 mata.

Bale Hanya Bermain 57 Peratus Dari Beribu Minit Sepanjang Di Real Madrid

Pemain kebangsaan dan kebanggaan Wales, Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.

Sepanjang kariernya Bale sentiasa dibelenggu irama kecederaan dan isu ini dibawa bersama semasa perpindahan ke Real Madrid. Untuk rekod Bale hanya bermain sebanyak 57 peratus sahaja dari 16,396 minit permainan.

Ini bermakna Bale telah terlepas sebanyak 7,050 minit permainan yang disebabkan oleh kecederaan yang pelbagai dialami oleh Bale. Ini menjadikan Bale pemain yang mempunyai minit permainan paling sikit dalam gandingan trio BBC.

Sejak menyertai Los Blancos, Bale telah mengalami 11 kecederaan yang berbeza di mana masalah buku lali dan betis antara kecederaan yang sering menghantui Bale sejak beberapa musim yang lalu.

Bale telah mengalami 18 kali kecederaan sejak tiba di Barnaubeau yang menghalangnya untuk bermain sebanyak 53 perlawanan.

Jika hendak ditulis senarai kecederaan Bale agak panjang jadi korang tengok sendiri la gambar dibawah.

Sejak menyertai Los Blancos, Bale telah mengalami 11 kecederaan yang berbeza di mana masalah buku lali dan betis antara kecederaan yang sering menghantui Bale sejak beberapa musim yang lalu.

Bale telah mengalami 18 kali kecederaan sejak tiba di Barnaubeau yang menghalangnya untuk bermain sebanyak 53 perlawanan.

Jika hendak ditulis senarai kecederaan Bale agak panjang jadi korang tengok sendiri la gambar dibawah.

Baca Juga

Baca Juga