Real Madrid Bersedia Membuat Tawaran RM1.8 Bilion Untuk Neymar

Gergasi Eropah yang bergelut dengan prestasi dan keadaan huru-hara dalam pasukan dilaporkan telah bersedia untuk membuat tawaran yang bakal memecahkan rekod dunia dengan harga pecah kepala untuk mendapatkan Neymar dari Paris Saint-Germain.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez mahu menandatangani ‘Galactico’ pada musim panas ini dan laporan itu menyebut Perez kini sedang mengintai Neymar dari tirai kamar.

Menurut laporan dari SPORT, Real Madrid kini bersedia untuk belanjakan £350 juta atau kira-kira RM1.8 bilion je untuk mendapatkan Neymar yang bertaraf diva.

Neymar kini tenang menerima gaji tahun sebanyak £31 juta lebih kurang RM164.94 juta setahun bersama Paris Saint-Germain dan dijangkan menikmat gaji €45 juta atau RM206.74 juta setahun jika menyertai Real.

Dengan isu berkaitan peraturan Financial Fair Play (FFP) melibatkan kelab PSG dengan Konfedearsi Bola Sepak Dunia (FIFA), PSG mungkin akan menjual Neymar bagi mengimbangi akaun kelab bagi mengelakkan hukuman.

Selepas membeli Neymar PSG juga telah menandatangani Kylian Mbappe melalui status pinjaman selama 12 bulan dan TELAH membelinya secara kekal pada musim yang berikut. Sebanyak £166 juta telah dibayar bagi perpindahan kekal.

Selepas 2 kali melakukan pembelian mega dengan kedua-duanya merupakan nilai rekod perpindahan termahal di dunia, kelihatan seperti mereka mungkin akan menjual Neymar..

Setahun yang lalu Majalah bolasepak Sepanyol, Don Balon melaporkan Real Madrid sedang mempersiapkan satu pakej perpindahan yang dianggarkan bernilai €250juta pada penghujung musim lalu hasil jualan pemain-pemain bintang seperti Gareth Bale, Karim Benzema, James Rodriguez, dan Raphael Varane.

Namun itu tidak terjadi dan sekali lagi Real Madrid dilaporkan berminat dan harga bidaan naik mencanak sehingga hampir 100 juta.

Bapa Neymar, Neymar Sr. ketika ditemuramah stesen televisyen Fox Sport Brasil telah ditanya mengenai prospek anaknya menyertai Real Madrid selepas baru menyertai PSG dan beliau menjawab:

“Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai perancangan sedemikian rupa dalam kepala kami. Untuk benar-benar memberi jawapan yang tepat terhadap soalan tersebut mungkin mustahil. Kerana saya tidak mengetahui perbincangan yang bakal berlaku 4 atau 5 tahun lagi.”

“Neymar mempunyai kontrak yang panjang bersama PSG dan beliau baru sahaja menyertai kelab tersebut. Neymar baru sahaja berada di Paris selama 3 bulan dan sudah terdapat laporan yang mengatakan beliau mahu berpindah keluar. Amat sukar untuk memberikan respon terhadap perkara sebegini kerana jika dijawab, ianya hanya akan bertambah rumit.”

Baca Juga

Baca Juga