Real Madrid Cabar Pemain Membaca Tulisan Arab Di Jersi

Pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid telah mencabar dua pemainnya Lucas Vazquez and Alvaro Odriozola untuk membaca dan meneka mana satu jersi mereka yang tertera dalam tulisan arab.

Real Madrid Arabic shirt challenge! Itulah nama yang diberi kepada cabaran ini. Dah nama pun Arabic Challenge maka itu tulisan Arab bukan jawi.

Dalam cabaran ini, Lucas Vazquez and Alvaro Odriozola dikehendaki mengenalpasti mana satu jersi yang tertera nama mereka.

Selepas itu mereka diminta untuk meneka mana satu jersi milik rakan sepasukan.

Tekalah kalau power.

Alvaro Odriozola bermula dengan penuh yakin dan dapat mengenal pasti dengan segera mana satu jersi yang tertera nama dan nombor milik beliau.

“Aku dah tahu mana satu aku punya.” ujar Alvaro Odriozola penuh yakin dan segera meneka jersi yang tertera nama dan nombor milik beliau dengan tepat.

Lucas Vazquez pula agak bergelut untuk membuat pengecaman pada mulanya.

“Aku tak tahu. Lucas V. atau Lucas Varquez?” Ujar Lucas Vazquez yang kebingungan dan meahukan kepastian.

Kemudian dengan penuh yakin Varquez berjaya meneka jersi miliknya dengan penuh bergaya tanpa rasa melekit.

Jersi tertera nama dan nombor Marcelo sekali lagi berjaya diteka dengan jayanya oleh Varquez.

Cubaan ke atas jersi Jovic tidak berjaya pada mulanya dan dibantai sebagai jersi Casemiro tetapi berjaya jua akhirnya.

Jersi Nacho juga berjaya diteka dengan padunya oleh Varquez.

Mungkin Varquez tidak mengenali tulisan arab tetapi mengenal nombor, maka tekaannya menjadi tepat.

Cabaran ini dilakukan sempena perlawanan Supercopa de Espana 2019 yang berlangsung di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi.

Arab Saudi akan menjadi gelanggang Supercopa de España untuk tempoh 3 tahun dengan nilai perjanjian €120 juta.

Real Madrid telah muncul juara selepas menewaskan Atletico Madrid di penentuan sepakan penalti.

Baca Juga

Baca Juga