Real Madrid Juara Supercopa de Espana 2019

Real Madrid muncul juara Supercopa de Espana 2019 selepas berjaya menewaskan jiran mereka dalam perlawanan akhir di penentuan sepakan penalti.

Selepas tiga tahun menikmati gelaran juara FIFA Club World Cup kini itu semua tiada lagi dan semoga kemenangan ini mampu mengisi kekosongan buat Real Madrid.

Ada benda la nak celebrate awal-awal tahun ni.

Real Madrid mara ke final Supercopa de Espana atau Spanish Super Cup selepas menewaskan Valencia 3-1.

Jaringan terus Tony Kroos dari sepakan penjuru sudah tentu menjadi ingatan dalam perlawanan separuh akhir itu.

Ateltico Madrid merupakan lawan Los Blancos di final selepas berjaya menundukkan Barcelona dengan dua jaringan 10 minit terakhir perlawanan.

Perlawanan akhir ini berlangsung di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi kira-kira 6000 kilometer daripada Sepanyol.

Perlawanan masa sebenar 90 minit berlangsung tanpa sebarang jaringan dan kedua-dua pasukan liat untuk menjaringkan gol.

Keadaaan ini memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan selama 30 menjadikan tempoh perlawanan 120 minit.

Namun gol tidak kunjung tiba jua di masa tambahan dan Real Madrid terpaksa bermain 10 orang ketika permainan berbaki 5 minit.

Federico Valverde telah dilayangkan kad merah.

Thibaut Courtois menjadi wira Real Madrid apabila menyelamatkan dua sepakan penalti awal daripada Saul Niguez dan Thomas.

Daniel Carvajal, Rodrygo, Luka Modric dan Sergio Ramos tiada masalah menyempurnakan sepakan penalti.

Hanya sepakan Kieran Trippier sahaja yang masuk daripada Atletico Madrid dan itu sudah terlewat untuk menyekat Real Madrid.

Supercopa de España atau Spanish Super Cup 2019 kali ini merupakan kejohanan yang menemukan juara dan naib juara La Liga serta Copa Del Rey. Ada 4 pasukan.

Sebelum ini Supercopa de España menemukan juara La Liga dan Copa del Rey macam Piala Sumbangsih la.

Tahun tahun 2019 menyaksikan pertandingan empat penjuru ini membabitkan pasukan Real Madrid, Barcelona, Valencia dan Atletico Madrid.

Dengan nilai komersil yang ada padakelab Eropah dan duit yang tidak kehabisan di negara Arab maka kejohanan ini diadakan di Arab Saudi.

King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi akan menjadi gelanggang Supercopa de España untuk tempoh 3 tahun dengan nilai perjanjian €120 juta.

Real Madrid (4-3-2-1): Courtois, Carvajal, Varane, Ramos, Mendy, Valverde, Casemiro, Kroos (Vinicius 103), Modric, Isco (Rodrygo 60), Jovic (Mariano 83)

Subs not used: Areola, Militao, Marcelo, Rodriguez

Atletico Madrid: Oblak, Lodi (Llorente 89), Gimenez (Savic 98), Felipe, Trippier, Niguez, Thomas, Herrera (Vitolo 56), Correa, Felix (Arias 101), Morata

Subs not used: Adan, Hermoso, Riquelme

Baca Juga

Baca Juga