Real Madrid Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Sifatkan Pochettino Sebagai Penipu

Satu pertembungan yang agak panas dan tegang berlaku antara Real Madrid dan pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino sehingga memaksi Real Madrid mengeluarkan kenyataan rasmi.

Semua ini terjadi gara-gara gurauan Pochettino di satu sidang media menjelang perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada jun ini.

Pengurus dari Argentina itu telah mendakwa bahwa beliau meminta Real Madrid samada mereka boleh menggunakan pusat sukan Real Madrid menjelang perlawanan akhir.

Walaubagaimanapun Real Madrid telah menolak dan Spurs bakal menggunakan pusat latihan di Valdebebas.

“Menjelang final kami akan berlatih di Valdebebas dan menginap di hotel berdekatan.” Ujar Pochettino.

Kemudian Pochettino mungkin cuba membuat kelakar lalu bergurau biawak dengan tumbukan garisan(punchline) yang menyentap perasaan Real Madrid.

“Aku tanya Florentino untuk benarkan kami tidur di pusat sukan tapi Florentino bagitau aku boleh tidur kat situ bila aku jadi jurulatih Real Madrid.”

Kenyataan Pochettino itu diambil serius oleh Real Madrid dan mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara ini.

Satu kenyataan yang agak keras lagi tegas dibuat Real Madrid dan menyifatkan perkara ini satu penipuan dan tidak benar.

“Real Madrid CF terkejut lalu terkentut dengan kenyataan yang dibuat oleh jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berhubung permintaan yang dikatakan dibuat kepada kelab kami supaya pasukannya boleh menginap di kediaman Real Madrid City sempena pusingan akhir Liga Juara-Juara,”

“Real Madrid CF mahu menjelaskan bahawa permintaan ini adalah palsu dan tidak pernah dibuat. Kelab kami sentiasa berbesar hati untuk memenuhi permintaan yang dibuat oleh UEFA, the Royal Spanish Football Federation, Club Atlético de Madrid, Liverpool FC dan Tottenham Hotspur.”

“Semua permintaan yang dihantar kepada Real Madrid merujuk dan secara ekslusif hanya untuk menggunakan kem latihan Ciudad Real Madrid dan bilik persalinan. Dan semua ini telah diberi kebenaran oleh kelab.”

“Liverpool merancang untuk berlatih di fasiliti kami pada hari Sabtu iaitu 1 Jun di sebelah pagi. Tottenham akan berbuat demikian pada Khamis dan Jumaat, 30 dan 31 Mei.”

“Real Madrid CF mahu menegaskan bahawa segala kemudahan untuk pasukan finalis Champions League telah ditentukan oleh UEFA mengikut kriteri organisasi dan keselamatan.

Serius sangat Real sejak tak dapat masuk final. Nasib baik Real Madrid tidak mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Pochettino.

Spurs bakal menentang bakal juara, Liverpool di stadium Atletico Madrid, Wanda Metropolitano pada 1 jun.

Baca Juga

Baca Juga