Real Madrid Memberi Nombor 7 Kepada Pemain Entah Siapa-Siapa Membuatkan Peminat Tidak Gembira

Real Madrid akhirnya membawa masuk seorang penyerang sejak pemergian Cristiano Ronaldo apabila membayar €30 juta untuk mendapatkan kembali bekas pemain mereka, Mariano Diaz dan dikatakan bakal menggantikan Ronaldo.

Mariano dijual kepada Lyon tahun lepas dengan harga hanya €8 juta sahaja tetapi pemain berusia 25 tahun itu telah menunjukkan persembahan yang cemerlang sepanjang beraksi untuk Lyon di Ligue 1.

Selepas semusim beraksi di Perancis, Real Madrid mengambil keputusan untuk mendapatkan kembali khidmat Mariano untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo dalam skuad Los Blancos.

Selepas mengetahui Sevilla berminat untuk mendapatkan Mariano, Real Madrid mengambil keputusan untuk mengaktifkan klausa ‘buyback’ yang ada dalam kontrak Mariano di Lyon.

Mariano dijangka menandatangani kontrak jangka panjang selama 5 tahun dan akan dipersembahkan kepada peminat Real Madrid pada hari ini di Stadium Santiago Bernabeu.

Nampaknya benarlah Marioano bakal menggantikan Ronaldo apabila diberikan jersi nombor 7 yang pernah dipakai oleh Cristiano Ronaldo sejak mengambil alih nombor tersebut dari Lagenda Real Madrid, Raul Gonzales.

Mariano memulakan kariernya bersama Lyon dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 18 gol sepanjang musim 2017/2018. Walau bagaimanapun, prestasi beliau sedikit merudum dan Mariano masih belum menjaringkan gol sejak April lalu.

Ternyata tindakan Real Madrid memberikan nombor keramat itu kepada Mariano menimbulkan tanda tanya dan ketidakgembiraan di hati serta sanubari penyokong Real Marid yang mengharapkan pemain seperti Mohamed Salah, Eden Hazard dan Harry Kane.

Peminat Los Blancos yang kecewa berpendapat bahawa memberikan nombor keramat yang sangat berprestij itu terlalu awal dan bakal memberi beban serta tekanan kepada Mariano.

“Huk aloh, mari mano mariano ni, kaba-kaba buleh nombor 7.” Luah bekas peminat Real Mulia yang kini menyokong Real Madrid.

Nombor 7 yang dipakai bekas pemain Real Madrid sinonim dengan pemain yang hebat lagi agung seperti Juanito, Butragueño, Raúl sehinggalah kepada Cristiano Ronaldo.

Ketibaan Mariano di Santiago Bernabeu akan meringankan sedikit beban yang ditanggung Karim Benzema dan Gareth Bale ketika ini selepas tindakan mengejut Ronaldo yang berpindah ke Juventus.

Seperti semua sedia maklum, Juventus membayar €112 juta untuk membawa masuk Ronaldo dalam usaha kelab tersebut untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Baca Juga

Baca Juga