Real Madrid Menyamai Rekod Kemenangan Berturut-turut La Liga

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid telah menyamai rekod kemenangan 16 kali berturut-turut perlawanan La Liga Santander milik Barcelona yang dicipta Barcelona ketika di bawah kendalian Pep Guardiola pada musim 2010-2011 setelah menewaskan Espanyol 2-0 di gelanggang lawan.

Tampil berbaju ungu persis UiTM FC, Real unggul dengan gol dari James Rodriguez pada lewat separuh masa pertama dan Karim Benzema pada separuh masa kedua dan cukup untuk meletakkan kelab Castille itu di tangga teratas La Liga dengan 12 mata, tiga mata di atas musuh tradisi, Barcelona.

Real Madrid juga memecahkan rekod kemenangan 15 kali berturut-turut yang dicipta pada musim 1960-1961 yang ketika itu di bawah tunjuk ajar Miguel Nunoz.

Gol pertama James dalam tempoh 5 bulan | Gambar : Sydney Morning Herald
Gol pertama James dalam tempoh 5 bulan | Gambar : Sydney Morning Herald

Dalam perlawanan menentang Espanyol, Real beraksi tanpa dua pemain termahal mereka, Cristiano Ronaldo yang diketepikan kerana sakit tekak dan Gareth Bale yang cedera di bahagian peha, dan mereka berdua digantikan oleh Lucas Vazquez dan Marco Asensio manakala percaturan Zidane memasukkan James di tempat Toni Kroos ternyata membuahkan hasil.

Jika Real Madrid berjaya menewaskan Villareal di tempat sendiri pada 22 September ini, mereka akan menjadi kelab pertama memenangi 17 perlawanan berturut-turut dalam La Liga.

Baca Juga

Baca Juga