Pelbagai spekulasi tersebar di kalangan penyokong Liverpool pada minggu lalu apabila khabar angin bertiup kencang mengatakan minat daripada Real Madrid untuk mendapatkan pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kontrak pemain pertahanan genius hybrid itu di Anfield akan tamat pada musim panas 2025. Laporan daripada Matteo Moretto pada Jumaat lalu mengatakan Real Madrid sedang memantau rapat situasi pemain itu.
Ini kerana sehingga kini tiada perkembangan terbaru mengenai perbincangan kontrak baharu di antara kem Alexander-Arnold dan Liverpool.
Minat daripada Real Madrid bermakna Liverpool kini mempunyai pilihan sama ada untuk menjual pemain itu sekiranya tawaran kontrak dan perbincangan di antara kedua-dua pihak gagal mencapai titik persetujuan.
Real Madrid are monitoring Trent Alexander-Arnold's contract situation at Liverpool. ๐โ๏ธ@FabrizioRomano pic.twitter.com/94AB966HBZ
โ SPORF (@Sporf) March 22, 2024
Laporan terbaru Moretto melalui Football Espana mendedahkan Real Madrid akan mengambil sikap tunggu dan lihat dan enggan terburu-buru sebelum mengambil langkah menawarkan kontrak kepada pemain antarabangsa England itu.
Real Madrid dikatakan mereka hanya akan mendapatkan pemain itu secara rasmi sekiranya Alexander-Arnold memutuskan untuk meninggalkan Liverpool. Ini bermakna Real Madrid tidak akan melakukan bidaan sehingga pemain itu membuat keputusan mengenai masa depannya sendiri.
With Alexander-Arnold, he has to speak with Liverpool first to see if the conditions are in place for him to want to sign a new deal.
Real Madrid are paying attention to what happens with him. @caughtoffside ๐๏ธโคต๏ธhttps://t.co/k24kNn0Rtf
โ Matteo Moretto (@MatteMoretto) March 25, 2024
Situasi tersebut berbeza dengan usaha Real Madrid yang cuba mendapatkan khidmat Alphonso Davies dari Bayern Munich. Ini kerana pemain itu sudah berada di dalam radar Los Blancos sejak beberapa musim lalu.
Manakala Alexander-Arnold pula lebih kepada peluang yang terdapat di pasaran pemain, dan bukannya pelan jangka masa panjang yang sudah dirancang sejak sekian lama.
Sekiranya Alexander-Arnold memutuskan untuk mencari angin baru, sudah pasti Real Madrid bukan satu-satunya kelab gergasi Eropah yang mahukan khidmat pemain itu.