Real Madrid Tawarkan Tujuh Pemain Untuk Dortmund Pilih Bagi Mendapatkan Haaland

Real Madrid dilaporkan bersedia untuk menawarkan salah seorang dari tujuh pemain kepada Borussia Dortmund demi untuk mendapatkan Erling Haaland.

Menurut laporan dari Sepanyol itu juga, tujuan Real Madrid menawarkan pemain bagi mendapatkan Haaland ada dengan harapan untuk mendapatkan pengurangan harga.

Haaland telah mempamerkan aksi yang sangat hebat ketika bersama Red Bull Salzburg dan berjaya menarik minat Dortmund untuk membawanya ke Jerman pada Januari lalu.

Dortmund berjaya untuk menandatangani pemain yang menjadi rebutan dari pasukan seperti Real Madrid, RB Leipzig dan Manchester United.

Bintang muda Norway itu terus mempamerkan kecemerlangannya dalam saingan Bundesliga apabila berjaya menjaringkan 10 gol setakat ini untuk pasukan Borussia Dortmund.

Beliau tidak menunggu lama untuk menunjukkan ketajamannya bersama kelab dari Jerman itu sejak dari ketibaannya pada jendela perpindahan Januari lalu.

Menurut laporan dari Diario Madridista, Real Madrid mahu menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dan bersedia untuk menawarkan salah seorang dari tujuh pemain yang mahu mereka lepaskan.

Oscar Rodriguez, Dani Ceballos, Alvaro Odriozola, Brahim Diaz, Lucas Vazquez, Mariano Diaz dan Takefusa Kubo antara pemain yang ditawarkan kepada Borussia Dortmund.

Los Blancos ternyata menawarkan pemain-pemain muda yang mereka mahu lepaskan berbanding dari menawarkan pemain berprofil tinggi yang memang mahu dilepaskan.

James Rodriguez antara pemain berprofil tinggi yang mahu dilepaskan oleh Real Madrid secara terang-terangan tetapi mereka tidak menawarkan pemain ini kepada Dortmund.

Namun bukan hal yang luar biasa untuk melihat pasukan seperti Dortmund membeli pemain muda dan mengasah bakat mereka untuk menjadi bintang besar.

Oscar, Ceballos, Odriozola dan Kubo semuanya kini sedang dipinjamkan kepada pasukan lain sehingga akhir musim ini dan dalam perjanjian pinjaman mereka tidak ada syarat pembelian tetap selepas tamat tempoh pinjaman.

Pemain pertahanan kanan, Odriozola kini sedang beraksi bersama pasukan seteru Borussia Dortmund, Bayern Munich.

Beliau mungkin menjadi pemain yang boleh menarik minat Dortmund untuk mendapatkannya memandangkan Achraf Hakimi akan kembali ke Bernabeu selepas menghabiskan dua tahun tempoh pinjaman bersama pasukan kendalian Lucian Favre’s.

Borussia Dortmund juga sepertinya tidak mahu untuk melepaskan bintang muda mereka itu memandangkan kelab baru sahaja menandatangani pemain itu.

Tambahan pula, mereka terkenal sebagai pasukan yang akan mencari keuntungan besar apabila melibatkan urusan penjualan pemain.

Jadi kemungkinan Real Madrid atau mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Halaand, harus menunggu lebih kurang dua tahun lagi.

Bekas penyerang pasukan Red Bull Salzburg itu mempunyai klausa perlepasan bernilai €75 juta tetapi dilaporkan tidak akan diaktifkan sehingga musim panas 2022.

Ini bermaksud, Dortmund belum ada perancangan untuk menjual pemain itu sekarang dan ada kemungkinan mereka akan melepaskan Haaland ketika pemain itu berusia 22 tahun nanti.

Jika beliau meneruskan aksi cemerlangnya sudah pasti banyak pasukan yang akan sanggup untuk membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Pastinya Borussia Dortmund telah memikirkan perkara ini. Menggunakan khidmat Haaland terlebih dahulu dan menunggu tawaran lumayan untuk menjual pemain tersebut.

Setakat musim ini sahaja, Haaland telah berjaya menjaringkan 10 gol dalam saingan Bundesliga, 16 gol dalam saingan Austrian Bundesliga dan 10 gol dalam saingan liga Juara-juara.

Real Madrid harus berusaha lebih gigih untuk memastikan mereka dapat menandatangani Haaland, selain dari menawarkan salah seorang dari tujuh pemain untuk Dortmund, mereka harus memberi tawaran lebih baik.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan Haaland sekarang, sudah pasti lebih sukar untuk mendapatkannya dimasa hadapan.

BACA:  [VIDEO]: Walker Dan Haaland Mengamuk Dengan Jurulatih Arsenal Selepas City Tewas