Rebah Ke Tanah Pemain Holstein Kiel Terpesona Dengan Liuk Lentok Jadon Sancho

Pemain Holstein Kiel, Fin Bartels telah rebah ke tanah tanpa sebarang sentuhan selepas terpesona dengan liuk lentok Jadon Sancho yang mungkin begitu mengghairahkan di mata beliau.

Pemain sayap Borussia Dortmund itu nyata memeningkan barisan pemain pertahanan Holstein Kiel dalam perlawanan separuh akhir DFB Pokal dengan aksi lincah dan liar.

Selepas tujuh minit permainan Jadon Sancho telah cuba menerobos pihak lawan di sebelah kanan padang dan Fin Bartels datang menghalang Sancho.

Liuk lentok atau acahan badan (body feint) yang tidak seberapa itu sudah cukup untuk menghantar pemain tengah Holstein Kiel itu ke tanah.

Kalau mat salleh panggil ‘Broke opponent Ankles With One Body Feint’ atau menghancurkan buku lali lawan dengan acahan badan yang menggiurkan.

Kerana buku lalu sudah hancur pemain lawan akan terus rebah ke tanah, Sancho meneruskan larian menyerang di ruang yang kosong ditinggalkan lawan.

Jadon Sanco telah mencipta dua bantuan gol dalam perlawanan ini untuk gol pembukaan dari Giovanni Reyna dan gol penutup dari seorang lagi pemain muda sensasi, Jude Bellingham.

Tanpa Erling Braut Haaland, Borussia Dortmund berjaya membelasah pasukan kelas kedua, Holstein Kiel dengan lima jaringan tanpa balas.

Tiga lagi gol Borussia Dortmund telah dijaringkan oleh Marco Reus, Thorgan Hazard dan Giovanni Reyna.

Borussia Dortmund akan bertemu RB Leipzig di perlawanan akhir yang agak bergelut untuk menewaskan Werder Bremen sehingga diheret ke masa tambahan.

Gol kemenangan RB Leipzig dijaringkan oleh Emil Forsberg pada minit 120+1, kemenangan yang betul-betul dramatik.

Perlawanan akhir DFB Pokal musim 2020/21 akan berlangsung pada 14 mei 2021.

Minggu lepas Jadon Sancho telah memalukan pemain Union Berlin, Christopher Trimmel di Signal Iduna Park dalam saingan Bundesliga selepas kembali dari kecederaan selama sebulan.

Christopher Trimmel telah dinutmeg begitu sahaja tanpa rasa melekit oleh Jadon Sancho yang masuk pada separuh masa kedua.

Reaksi rakan sepasukan Christopher Trimmel itu menceritakan segala-galanya yang nyata tidak dapat menerima kenyataan.

Baca Juga

Baca Juga