Redknapp: Terry + Ferdinand + Vidic = Van Dijk

Bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp telah menyatakan bahawa Virgil van Dijk merupakan pemain pertahanan gabungan antara tiga pemain lagenda dunia, Rio Ferdinand, Namenja Vidic dan John Terry.

Redknapp juga turut mendakwa sekiranya Van Dijk berterusan menunjukkan prestasi yang dipamerkan sejak menyertai Liverpool, tidak mustahil jika beliau diangkat menjadi pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris.

Satu kenyataan yang berani!

BETUL KE VAN DIJK NI POWER MACAM TERRY, VIDIC DAN FERDINAND ?

Kewujudan Van Dijk ‘terjadi’ apabila Nemanja Vidic, John Terry dan Rio Ferdinand digabungkan menjadi satu dan inilah formulanya.

John Terry + Rio Ferdinand + Namenja Vidic = Virgil Van Dijk

John Terry – Bijak membaca permainan dan menghantar bola.

Rio Ferdinand – Laju, tenang, pandai membaca permainan, hebat dalam situasi 1 vs 1.

Namenja Vidic – Agresif dan semangat juang yang tinggi.

Pujian demi pujian dilemparkan terhadap bekas pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah daripada Redknapp.

John Terry + Rio Ferdinand + Namenja Vidic = Virgil Van Dijk

“Kita baru sahaja berada di pertengahan musim tetapi tiada siapa yang mampu mencapai tahap Virgil van Dijk dalam persaingan untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Beliau merupakan pemain yang diidam-idamkan setiap pasukan.”

“Lihat pada pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris – John Terry, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic. Van Dijk adalah gabungan ketiga-tiga pemain tersebut.”

“Beliau membaca permainan seperti Terry dan juga pandai menghantar bola, dan membuat hantaran sejauh 30 kaki. Van Dijk juga mempunyai kelajuan seperti Rio. Jarang kita lihat beliau ditangkap berada dalam situasi satu lawan satu.”

Walaupun Van Dijk tidak seagresif Vidic dan tenang seperti Ferdinand tetapi pemain Belanda itu mempunyai semangat pahlawan seperti Vidic.

“Walaupun Van Dijk tidak lah se aggresif Vidic, beliau mempunyai semangat pahlawan yang sama dan keinginan untuk menang. Beliau juga seorang yang tenang, cool, bagus di udara, dan pemimpin yang bijak.”

“Lupakan sahaja pemain terbaik tahunan – jika beliau terus bermain pada tahap sekarang, beliau mempunyai semua ciri untuk bergelar pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris.”

Virgil Van Dijk telah menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010. Membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013. Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada beberapa jendela perpindahan tetapi tidak kesampaian. Akhirnya kasih dan sayang Van Dijk dan Liverpool bertaut.

Redknapp menzahirkan rasa terkejut beliau kenapa Van Dijk seperti tiada dalam radar sebelum ini dan sepatutnya sudah lama bermain bersama pasukan hebat.

“Cuma saya agak terkejut beliau mengambil masa yang agak lama untuk bersama pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga.”

“Untuk menjadi yang terbaik, Van Dijk perlu memenangi banyak trofi.”

“Sekiranya Liverpool mahu memenangi liga musim, Van Dijk merupakan pemain yang tidak boleh mengalami sebarang kecederaan.”

Apa yang dikatakan oleh bekas pemain Liverpool pada era 90-an dahulu, Jamie Redknapp adalah benar, kini Liverpool hampir saja dinobatkan sebagai juara.

Namun pandemic Coronavirus telah membuatkan gelaran yang bakal menjadi milik Liverpool tergantung dilangit kerana liga ditangguhkan.

Trofi dan Anugerah diterima Van Dijk untuk musim 2018/19

Impak segera diberikan Van Dijk usai menyertai Liverpool dan menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Liverpool. Aura Van Dijk juga membolehkan sesiapa yang bergandingan dengan beliau di Liverpool mempamerkan aksi terbaik.

Kemuncak kehebatan Van Dijk dapat dilihat pada musim 2018/19 sehingga dipilih sebagai UEFA Men’s Player of the Year menjadikan beliau sebagai pemain pertahanan pertama menerima anugerah tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pemenang Champions League, UEFA Super Cup dan anugerah pemain terbaik Premier League itu juga merupakan pemain Premier League dan Belanda pertama yang meraih anugerah UEFA Men’s Player of the Year.

Trofi dan Anugerah diterima Van Dijk untuk musim 2018/19 :

1. UEFA Champions League
2. UEFA Super Cup
3. UEFA Men’s Best Player award
4. PFA Player of the Year
5. Liverpool fans’ Player of the Year
6. Liverpool players’ Player of the Year
7. Premier League Team of the Season
8. Champions League Team of the Season
9. FIFA Club World Cup

Baca Juga

Baca Juga