Rekod Solskjaer Dalam 29 Perlawanan Pertama Lebih Baik Berbanding Klopp

Menjelang perlawanan paling sedap antara dua pasukan bola sepak paling tersohor di dunia Manchester United menentang Liverpool akhirnya ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh penyokong Setan Merah.

Menurut rekod yang telah dicatatkan oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dalam 29 perlawanan pertamanya sebagai pengurus Setan Merah adalah lebih baik berbanding Jurgen Klopp, pengurus Liverpool.

Ole Gunnar Solskjaer telah menjadi pengurus sementara Manchester United 10 bulan lalu selepas pemecatan Jose Mourinho dan cemerlang membawa Setan Merah dan hampir saja mendapat slot Champions League. Ole at the wheel!

Bekas penyerang berbisa Setan Merah terus diberikan jawatan tetap sebelum musim tamat dan berlakulah satu kemerosotan prestasi yang teruk di Premier League dan berterusan hingga musim ini. Scammer?

Lelaki berbangsa Jerman yang bernama, Jurgen Klopp tiba di Anfield pada 2015 dan dalam 29 perlawanan pertamanya, Klopp telah merekodkan 13 kemenangan, 8 seri dan 8 kalah.

Dan jika dibandingkan dengan Solskjaer, ternyata rekod Solksjaer lebih baik dengan 14 kemenangan, 7 seri dan 8 kalah. Lebih satu kemenangan je pun.

Namun rasanya itu sudah cukup untuk menyedapkan hati penyokong Setan Merah dan memberi mereka sedikit harapan bahawa pengurus mereka ada benda yang lebih baik berbanding Klopp.

Kini Manchester United memulakan musim yang teruk, berada dikedudukan ke-12 liga selepas 8 perlawanan dengan 2 kemenangan, 3 seri dan 3 kalah.

Nak banding dengan Klopp ke tak ni? 8 perlawanan 8 kemenangan dengan 24 mata penuh.

Jika Setan Merah tewas kepada Liverpool ada kemungkinan untuk mereka terperosak ke zon penyingkiran.

Baca Juga

Baca Juga