Renato Sanchez Dianggap Gabungan Kante Dan Makelele

Portugal telah tersingkir dari saingan Euro 2020 selepas tewas 1-0 di tangan Belgium awal pagi tadi di pusingan 16 terbaik.

Selepas tersingkirnya Portugal, ramai yang menceritakan tentang kehebatan Cristiano Ronaldo sepanjang Euro 2020 ini dengan edisi kali ini dianggap yang terbaik pernah dilalui oleh pemenang lima kali gelaran Ballon d’or itu.

Tidak dinafikan Ronaldo sememangnya sedang melalui karier antarabangsa terbaiknya ketika ini dengan beliau telah berjaya menjaringkan lima gol dalam saingan Euro 2020 setakat ini.

Lima gol tersebut membantu beliau memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Euro dengan keseluruhannya beliau sudah berjaya menjaringkan 14 gol.

Beliau berjaya memecahkan rekod yang dicipta oleh legenda Perancis, Michel Platini yang berjaya menjaringkan sembilan gol ketika Euro 1984.

Selain nama Cristiano Ronaldo yang dianggap terhebat sepanjang zaman, seorang lagi pemain Portugal yang bersinar di kejohanan ini adalah Renato Sanchez.

Dalam dua perlawanan terakhir Portugal ketika bertemu Perancis dan Belgium, bintang berusia 23 tahun itu telah menunjukkan tahap persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Sanchez merupakan pemain midfield yang lebih berperanan dalam membantu barisan pertahanan dan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

Ketika aksi bertemu Belgium, beliau berjaya mengekang asakan dari jentera serangan lawan dengan cukup cemerlang dan berkesan.

Renato Sanchez berjaya melakukan 93% ketepatan hantaran, 83 sentuhan, 6 hantaran panjang, 3 take-ons, 2 key passes, memenangi dua foul, dan turut berjaya melakukan dua percubaan.

Beliau sebenarnya berjaya mendominasi bahagian midfield padang dengan menghalang serangan dari pasukan Belgium dan terlibat dalam build up serangan untuk pasukan Portugal.

Walaupun beliau tidak bermain selama 90 minit, namun Sanchez jelas merupakan pemain Portugal paling bersinar pada edisi Euro 2020 ini.

Mungkin namanya tidak disebut kerana beliau tidak menjaringkan gol atau mencatatkan assists dalam saingan Euro 2020 ini, namun sumbangan beliau terhadap barisan pertahanan tidak boleh dinafikan sama sekali.

Beliau adalah Kante Portugal, beliau jelas menjadi nadi yang menghentikan segala serangan atau asakan dari pasukan lawan.

Jika ramai yang menganggap Cristiano Ronaldo merupakan pemain terbaik di kejohanan ini, maka Renato Sanchez pula boleh lah dianggap pemain paling bersinar dalam kejohanan pada musim panas ini.

Beliau selayaknya dinamakan sebagai team of the tournament selepas mempamerkan kecemerlangannya yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Portugal berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata.

Mereka awalnya berjaya menewaskan Hungary 3-0, kemudian tewas kepada Jerman 4-2 dan terikat 2-2 bertemu Perancis.

Ketika Portugal terikat 2-2 bertemu Perancis dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Renato Sanchez merupakan pemain yang paling banyak berjasa untuk Portugal dalam perlawanan tersebut.

Beliau cemerlang mendominasi bahagian midfield dalam perlawanan itu dan memberi saingan yang sengit kepada gandingan Pogba dan Kante.

Di usianya yang masih muda, perjalanan Renato Sanchez masih jauh dan beliau mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak ini.

Kelab-kelab elit Eropah tentunya sedan memantau perkembangan beliau dan bersedia untuk menandatangani pemain midfield berbakat itu.

Ini merupakan pertama kali Portugal gagal untuk mara ke peringkat suku akhir saingan Euro dengan rekod mereka sejak 1984, mereka sentiasa berjaya setidaknya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

1984: Suku akhir
1996: Suku akhir
2000: Separuh akhir
2004: Akhir
2008: Suku akhir
2012: Separuh akhir
2016: Juara
2020: Pusingan 16 Terbaik

Belgium pula kemenangan ini merupakan pertama kali dalam sejarah mereka berjaya menewaskan Portugal sejak dari 1989.

Bahkan 19 dari semua 26 pemain dalam skuad utama Belgium tahun ini masih belum dilahirkan lagi ketika kali terakhir mereka berjaya menewaskan Portugal.

Jadi jika ada kelab-kelab yang selalu mengimpikan untuk memiliki pemain midfield seperti Kante, maka Renato Sanchez adalah jalan penyelesaiannya.

Baca Juga

Baca Juga