Renungan Maut Lacazette Sambil Berlutut Melemahkan Jiwa Slavia Prague

Renungan maut Alexandre Lacazette sambil berlutut sebelum perlawanan bermula nyata telah melemahkan jiwa-jiwa dan semangat melawan para pemain Slavia Prague.

Upacara berlutut seketika sebelum perlawanan adalah satu tanda penghormatan dan memberi mesej menentang unsur perkauman dan diskriminasi dari bola sepak.

Pemain Slavia Prague seperti perlawanan suku akhir pertama hanya berdiri dan berganding bahu sesama mereka sahaja.

Bak seorang perwira yang gagah perkasa dan tidak gentar, ketua pasukan Arsenal itu melangkah ke depan pemain Slavia Prague dan berlutut dengan penuh bergaya.

Alexandre Lacazette telah melemparkan renungan maut secara tegak seolah-olah memberi mesej kepada Salvia Prague ‘Jangan harap korang nak menang.’

Perlakuan yang ditunjukkan oleh Alexandre Lacazette ini nyata disukai ramai dan memuji semangat ketua pasukan Arsenal itu.

Pujian yang diterima oleh Alexandre Lacazette ini berkait dengan insiden penggantungan pemain pertahanan Slavia Prague, Ondrej Kudela.

Ondrej Kudela telah digantung sembilan perlawanan oleh UEFA selepas didapati bersalah mempamerkan sifat rasis kepada pemain tengah Rangers, Glen Kamara dalam pusingan sebelum ini.

Rakaman video telah tular menyaksikan Ondrej Kudela menutup mulut dan membisikkan sesuatu ke telinga Glen Kamara yang menyebabkan Kamara melenting.

Rakan sepasukan Kamara, Bongani Zungu memberitahu pengadil bahawa Ondrej Kudela menggunakan perkataan ‘monyet’ merujuk kepada Glen Kamara.

Menurut Glen Kamara kepada ITV:

“Kudela datang kepada aku dan cakap monyert dan kau monyet bersetubuh dan kau tahu. Dari situ aku memberi reaksi ‘dia rasis’ ‘dia rasis'”

“Disebabkan itu emosi membuak-buak menguasai minda, marah, kecewa, rasa dihina. Semua yang menyaksikan insiden itu, aku rasa seperti budak kecil.”

“Perkataan tidak dapat menterjemah apa aku rasa. Harapannya semoga aku tidak merasai perasaan itu lagi. Sangat gila.”

Alexander Lacazette sememangnya dibadai api dalam perlawanan ini dengan menjaringkan dua gol, tidak henti melakukan tekanan, menjadi penyambung gerakan dan sentiasa bergerak mengisi ruang kosong.

Lacazette nyata kembali menyengat selepas kegagalan pada perlawanan pertama.

Lacazette Sendiri Tidak Percaya Boleh Terlepas Peluang Terbentang Luas

Alexandre Lacazette sendiri tidak percaya bagaimana beliau boleh terlepas peluang yang terbentans seluas-luasnya ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol sahaja ketika itu.

Segalanya nampak seperti tiada masalah buat Alexandre Lacazette untuk meletakkan Arsenal di depan namun sebaliknya berlaku.

Alexandre Lacazette telah berjaya merampas bola dari Oscar Dorley yang nampak pening untuk mengawal bola dengan baik dan panik ketika didekati Lacazette.

Dari tengah padang, Lacazette bergitu bersahaja membawa bola secara solo dan hanya berdepan dengan penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar.

Pemain pertahanan Slavia Prague cuba mengejar namun tidak berjaya, Lacazette mempunyai masa dan ruang secukupnya untuk menghasilkan gol.

Namun Ondrej Kolar tidak menyerbu keluar dan merendahkan sedikit badan menutup sebanyak ruang yang boleh dan disinilah Lacazette terciduk.

Lacazette memilih jalan sukar, bergaya dan fancy dengan cuba melambungkan bola melepasi Ondrej Kolar namun sayangnya bola terkena palang.

Lacazette memegang kepala dan tidak percaya dengan apa yang dilakukannya. Berlagak nak buat gol fancy sangat, mendapat la.

Dah la lemah dan lembik jangan nak berlagak sangat.

Separuh akhir kedua: Slavia Prague 0-4 Arsenal (Agg. 1-5)

Pasukan London lemah dan lembik, Arsenal yang seri pada perlawanan suku akhir pertama nyata tidak menoleh lagi dan tidak memberi peluang selepas terkena gol penyamaan minit akhir.

Tiada jalan lagi buat Arsenal untuk menikmati aksi Eropah musim hadapan kecuali menjadi juara Europa League yang menyediakan slot terus ke Champions League.

Kegagalan Alexandre Lacazette menyempurnakan peluang terbuka menjadi perbualan lantaran mahu melakukan sesuatu yang fancy lagi bersahaja.

Arsenal kembali kepada ramalan di atas kertas untuk perlawanan kedua, di mana mereka lebih kuat dan layak untuk ke pusingan seterusnya berbanding Slavia Prague.

Sangat serius Arsenal dalam perlawanan ini apabila menjaringkan empat gol selepas 24 minit permainan dan 4 gol itu terhasil dalam tempoh 10 minit.

Namun gol pertama daripada Emile Smith-Rowe telah dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) kerana perlakuan offside telah dikesan ketika gol dijaringkan.

Arsenal tetap garang dan tolak satu gol maka Arsenal telah menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit sahaja. Makin garang.

Pada minit ke-18, Emile Smith-Rowe telah berjaya menghantara bola yang berjaya ditemui Nicolas Pepe untuk gol pertama.

VAR sekali lagi cuba menghalang namun hasil penelitian tiada kecurangan dan gol itu disahkan oleh pengadil.

Minit ke-20, pemain Slavia Prague, Jakub Hromada telah mengasari Bukayo Saka yang berwajah bayi lalu sepakan penalti diberikan oleh pengadil.

Tiada masalah untuk Alexandre Lacazette menjaringkan gol kedua dengan penuh yakin.

Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga pada minit ke-24 yang bapak padu bak hang selepas menyempurnakan hantaran Calum Chambers.

Separuh masa pertama tamat dan boleh dikatakan Arsenal sudah mara ke separuh akhir mengikut lojik akal dengan agregat 4-1 dan Slavia Prague gagal melakukan sebarang percubaan tepat.

Pada minit ke-77, Alexandre Lacazette melepaskan geram dengan gol keempat dan terus membunuh perlawanan yang sudah mati pada minit ke-24 lagi.

Diseparuh akhir, Arsenal bakal bertemu Villareal. Pertembungan Mikel Arteta dan Unai Emery.

Slavia: Kolar; Bah, Holes, Zima, Boril; Hromada; Sevcik, Stanciu, Provod, Olayinka; Kuchta

Subs: Dorley, Kovar, Lingr, Masopust, Sima, Stejskal, Tecl, Traoré, Visinsky

Arsenal: Leno; Chambers, Holding, Mari, Xhaka; Thonas, Ceballos; Pepe, Smith Rowe, Saka; Lacazette

Subs: Azeez, Balogun, Bellergin, Elneny, Gabriel, Hilson, Martinelli, Nelson, Nketiah, Ryan, Soares

Referee: C Cakir (Turkey)

Separuh akhir pertama: Arsenal 1-1 Slavia Prague

Arsenal menentang Slavia Prague di peringkat suku akhir Europa League dan drama perlawanan ini memuncak ketika permainan hampir tamat dengan gol penyamaan hadir.

Seperti perlawanan Manchester United menentang Granada, perlawanan ini tidaklah menarik sangat dan biasa-biasa tanpa jaringan gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat tanpa jaringan dan kedua-dua pasukan hanya berjaya melakukan satu sahaja percubaan tepat.

Alexandre Lacazette yang genius telah mensia-siakan peluang keemasan ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar.

Pada minit ke-62, pemain Perancis itu bijak merompak bola dari lawan dan segalanya tampak sempurna kecuali penyudah Lacazette yang lebih mesra palang gol.

Lacazette yang mempunyai masa dan ruang yang mencukupi sendiri tidak percaya dengan kegagalan beliau dan apatah lagi mereka yang melihat.

Nicolas Pepe dan Pierre Emerick Aubameyang masuk pada minit ke-78 menggantikan Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette yang agak tumpul mencari gol pembukaan.

Kurang 10 minit dipadang, Pierre Emerick Aubameyang telah menyuap Nicolas Pepe untuk menyudahkan peluang dengan gol yang dicari-cari selama ini.

Dengan empat minit permainan berbaki kemenangan hampir pasti menjadi milik Arsenal dan mempunyai sedikit bekalan semangat untuk suku akhir kedua.

Nicolas Pepe merupakan penyerang Arsenal paling cemerlang di Eropah apabila setakat ini telah menjaringkan 4 gol di Europa League, paling banyak berbanding pemain Arsenal yang lain.

Namun Tomas Holes telah menyundul untuk menjaringkan gol penyamaan yang sangat dramatik pada minit ke-90+4 ketika perlawanan betul-betul hampir tamat.

Gol ini merupakan gol tempat lawan yang boleh bertukar menjadi azimat berbisa untuk perlawanan timbal balik.

Arsenal: Bernd Leno; Cedric Soares, Rob Holding, Gabriel, Hector Bellerin; Emile Smith Rowe, Granit Xhaka, Thomas Partey; Willian, Alexandre Lacazette, Bukayo Saka

Subs: Matthew Ryan, Pierre Emerick Aubameyang, Miguel Azeez, Daniel Ceballos, Mohamed Elneny, Karl Hein, Joel Lopez, Pablo Mari, Gabriel Martinelli, Reiss Nelson, Edward Nketiah, Nicolas Pépé

Slavia: Ondrej Kolar; Alexander Bah, Tomas Holes, David Zima, Jan Boril; Jakub Hromada; Oscar Dorley, Nicolae Stanciu, Lukas Provod, Peter Olayinka; Abdallah Sima

Subs: Premysl Kovar, Jan Kuchta, Ondrej Lingr, LukasMasopust, Petr Sevcik, Jan Stejskal, Stanislav Tecl, Ibrahim Traoré, Denis Visinsky

Referee: A Ekberg (Swe)

Baca Juga

Baca Juga