Reviu Pilihan MSL #11 : Perak Diikat Kedah Di Laman Sendiri, Baddrol Kembali Menerjah!

Stadium Perak di Ipoh telah sekali lagi menjadi saksi perlawanan ‘derbi utara’ ini setelah mereka bertemu pada perlawanan pusingan ke-3 Piala FA pada 10 Mac lalu. Perak diberi tekanan yang hebat dalam misi wajib menang di laman sendiri apabila menentang Kedah.

Kedah dilihat sedikit tempang apabila mereka kehilangan Rizal Ghazali yang dilayangkan kad merah. Perak pula mahu mencari rentak kemenangan semula setelah mengalami 7 perlawanan tanpa kemenangan.

Rangkuman Perlawanan : Sepakan ‘Puskas’ Baddrol Mengikat Perak!

Perak bermula garang seawal minit kedua perlawanan apabila tandukan Thiago yang hampir menerpa jaring gol Kedah berjaya dikeluarkan Akram Mahinan. Perak terus-menerus melakukan asakan pada awal 15 minit pertama perlawanan.

Selepas hampir 30 minit masa perlawanan dilangsungkan, barulah Kedah menyerang kubu pertahanan Perak secara bertubi-tubi. Tendangan Ken Ilso kebanyakkan berjaya diselamatkan dengan baik oleh Hafizul Hakim.

  • Tamat Separuh Masa Pertama, Perak 0 – 0 Kedah

Bermula separuh masa kedua, perlawanan kembali menjadi sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Perak terlebih menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan voli Hafiz Kamal yang perlahan-perlahan menerjah bucu bawah belah kiri gawang gol Kedah.

Kedah yang tersentak hasil jaringan Perak tadi, cuba bangkit dengan beberapa siri serangan namun berjaya dipatahkan oleh Nasir Basharuddin. Akhirnya, Kedah berjaya untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-72 hasil sepakan percuma cantik Baddrol Bakhtiar.

  • Tamat Perlawanan, Perak 1 – 1 Kedah

Reviu Taktikal : Rantaian Nasir & ‘Free Role No.9’ Hadi Menjadi!

Perak berjaya mengekang asakan Kedah atas 3 faktor; kecekapan penjaga gol, pengawal ‘tight area’ dan padang. Tidak dinafikan, Perak bernasib baik kerana keadaan padang yang becak menyukarkan permainan ‘free flowing football’ Kedah.

Nasir Basharuddin juga penyumbang kepada kekebalan pertahanan Perak. Ketika di zon 14, Nasir bijak dan pantas menerjah setiap asakan.

Baca Juga

Baca Juga