Ribery: Ronaldo Curi Ballon d’Or Aku!

Bekas pemain sayap Bayern Munich, Frank Ribery telah mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo telah mencuri trofi idaman setiap pemain bola sepak handalan dunia, Ballon d’Or yang selayaknya menjadi milik beliau.

Lagenda pasukan kebangsaan Perancis itu nyata kecewa kerana telah terlepas untuk merangkul anugerah Ballon d’Or pada tahun 2013 selepas Cristiano Ronaldo menjadi pemenang.

Frank Ribery juga telah mendakwa salah satu faktor lagi beliau gagal meraih trofi itu pada tahun tersebut adalah sokongan rendah yang diterimanya dari negara beliau sendiri.

Dasar maling !

Anugerah Ballon d’Or pada tahun 2013 disifatkan Ribery sebagai tidak adil kerana beliau tidak memenanginya walaupun telah memenangi segalanya dan cemerlang teruk bersama Bayern Munich.

Ribery tidak dapat memahami rasional disebalik kemenangan Cristiano Ronaldo pada musim tersebut kerana beliau berjaya memenangi semua pertandingan yang disertainya bersama Bayern Munich ketika itu.

Pemain sayap berasal dari Perancis ini berjaya membantu Bayern memenangi kejuaraan Bundesliga disamping menewaskan seteru utama, Borussia Dortmund 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Wembley. 

Bayern Munich muncul juara selepas pemain sayap kidal sensai dunia, Arjen Robben menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Kemenangan Liga Juara-Juara kebiasaannya akan diiringi dengan pemain dari kelab tersebut memenangi Ballon d’Or tetapi pencapaian Ribery telah dipandang sepi dengan Ronaldo berjaya mengutip anugerah individu tertinggi bolasepak pada tahun tersebut.

Lebih memeranjatkan adalah Ribery bukan berada di kedudukan ke-2, tetapi diundi berada di kedudukan ke-3, dengan bintang Barcelona, Lionel Messi berada di hadapan beliau.

Hanya di tempat ke-3. Sob sob sob

Ribery dalam satu temuramah bersama Canal Football Club berkata anugerah tersebut telah dicuri daripadanya dan beliau tidak tahu mengapa beliau gagal memenanginya walaupun berjaya memenangi semua pertandingan.

“Anugerah Ballon d’Or tahun tersebut seperti telah ‘dicuri’ daripada saya. Saya tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Saya menang semua piala dan tiada apa lagi yang mampu saya lakukan ketika itu. Ianya memang tidak adil.”

“Saya tidak mendapat sokongan rakyat Perancis di belakang saya. Saya melihat dengan mata sendiri rakyat Perancis berkata Cristiano Ronaldo berhak menang. Adakah rakyat Portugal akan berkata Ribery atau Messi patut menang ? Sudah tentu tidak.”

Gol Robben kecewakan ramai Yellow Army baru nak up ketika itu

Ribery turut memberitahu beliau telah dijadikan kambing hitam oleh pihak media berikutan kegagalan Perancis pada kempen Piala Dunia 2010, dimana skuad kendalian Raymond Domenech terkeluar dari pertandingan seawal peringkat kumpulan.

Pemain Perancis juga dilaporkan membuat protes terhadap Domenech apabila tidak mahu keluar dari bas pasukan.

“Pada tahun 2010, pihak media mencari seseorang untuk dipersalahkan. Semua orang di Perancis percaya saya lah punca masalah tersebut, termasuk ibubapa saya sendiri.”

“Saya tidak dapat lupakan tindakan beberapa pihak media Perancis. Ianya menjadi luka kepada saya dan sangat keterlaluan.”

Ribery kini tidak lagi bersama Bayern Munich dan beralih angin ke Liga Italy musim ini bersama Fiorentina secara percuma dan masih lagi mampu memberi yang terbaik. Gratis gais.

Ribery Lebih Bagus Berbanding Ronaldo

Presiden Fiorentina, Rocco Commisso ternyata kagum dengan prestasi Ribery dan menganggap Ribery lebih bagus berbanding Ronaldo pada musim pertamanya di Fiorentina ketika menentang Juventus.

“Adakah kamu lihat Ribery bermain di usia 36 tahun? Ribery bermain lebih baik daripada Ronaldo.”

“Dua pemain kami, Gaetano Castrovilli dan Federico Chiesa sangat fenomena.”

“Juventus mempunyai pemain dan gaji bernilai €300 juta dan kami pula hanya lebih kurang €50 juta tapi kami masih mampu mengutip mata.”

Diusia 36 tahun, Ribery masih mempunyai kudrat dan kelajuan yang padu apabila berjaya mengejar Cristiano Ronaldo selepas kehilangan bola lalu membuatkan Ronaldo terbenam ke tanah.

Sama seperti Ronaldo, Ribery juga telah membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar angka apabila bukan sahaja berjaya mengejar kelajuan Ronaldo yang dua tahun lebih muda malah merampas kembali bola.

BACA:  Ribery : Ronaldo Rampas Impian Ballon d'Or Saya