Richarlison Cacah Tatu Wajah Sendiri, Neymar dan Ronaldo

Pemain penyerang Brazil, Richarlison telah memilih untuk mengabadikan wajahnya sendiri Neymar, Ronaldo ‘O Fenômeno’ Nazario dengan mecacah tatu dibahagian belakang badannnya.

Penyerang Spurs berusia 25 tahun itu, yang merupakan penjaring gol terbanyak Brazil pada kejohanan musim sejuk ini – menjaringkan tiga daripada lapan gol pasukan itu.

Richarlison dilihat menangis teruk selepas Selecao tersingkir daripada Piala Dunia 2022 ini menerusi sepakan penalti dan nama Dominik Livakovic menjadi igauan ngeri.

Beberapa hari selepas mereka tersingkir pada suku akhir di kaki Croatia, Richarlison telah memberi penghormatan kepada salah seorang rakan sepasukannya sekarang dan salah seorang yang pemain terhebat sepanjang zaman – di kedai tatu.

Dom Tattoo, seorang artis dengan lebih 180,000 pengikut di Instagram, berkata karya itu masih “sedang dalam proses” tetapi peminat dapat melihat reka bentuk itu melalui story Instagramnya.

Tatu oleh Dom yang juga telah mereka bentuk untuk pemain lain seperti Bruno Guimaraes, Antony dan Fabio Vieira menampilkan seorang kanak-kanak yang memakai topi ke belakang sambil melihat ke arah favela.

Richarlison terus menyiarkan semula video tatu belakang yang belum selesai untuk tatapan peminatnya dan jelas kelihatan wajahnya, Neymar dan Ronaldo.

Ternyata Neymar dan Ronaldo telah memberi kesan dan pengaruh yang besar kepada karier bola sepak Richarlison sehingga diabadikan wajah mereka di batang tubuhnya,

Rasanya Richarlison telah menghasilkan gol terpadu dan tercantik di Piala Dunia setakat ini ketika perlawanan menentang Serbia dan jika bukan terpaling cantik pun masih antara yang tercantik.

Richarlison menjaringkan gol dengan gaya akrobatik. Dia melakukan sepakan gunting sebaik sahaja menerima hantaran Vinicius Jr. yang sangat kena dengan gaya Brazil.

Hantaran dilakukan bukan dengan cara biasa, dibuat dengan penuh berseni, Vincius Jr menolak dengan outside foot ataupun dengan gaya trivella.

Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik dengan satu libasan yang dipanggil sepakan gunting.

Richarlison telah membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya dengan menjadi penjaring terbanyak Brazil. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.

Richarlison hampir sahaja terlepas penerbangan ke Qatar kerana kecederaan dialaminya kira kira 2 minggu sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.

Namun dia berjaya meyakinkan Tite bahawa dia boleh cergas menjelang aksi pembukaan kumpulan Piala Dunia 2022.

Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.

Richarlison juga telah berpeluang bertemu idolanya Ronaldo Nazario selepas kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan di pusingan 16 terakhir.

Richarlison mengesat air mata semasa pertemuan penuh emosi itu. “Saya tidak boleh bercakap pun,” katanya selepas dipuji oleh Ronaldo. “Bagi dia mikrofon,” jawab Ronaldo.

Ronaldo telah memintanya mengajar tarian burung merpati selepas Tite melakukannya juga ketiga meraikan gol Brazil bersama Richarlison.

“Anda perlu mengajar saya tarian merpati. Anda juga mendapat Tite menari. Ada tiga lagi. Tiga perlawanan lagi. Pada perlawanan akhir anda akan memotong rambut si pekan seperti saya [2002].”

Mereka kemudiannya mempersembahkan sambutan ‘tarian merpati’ bersama-sama.

“Saya berasa emosi melihatnya,”Richarlison menjelaskan kepada kamera,

“kerana dia adalah idola saya, sama seperti Neymar. Bagi saya anda adalah inspirasi zaman kanak-kanak. Saya rasa anda sudah melihat banyak gambar saya dengan gaya rambut itu.”

Richarlison nyata tidak sempat membuat rambut si pekan yang digayakan Ronaldo di Piala Dunia 2002 kerana Brazil telah pun tersingkir.

BACA:  Mane Dedah Alasan Beliau Tak Mahu Jalani Kehidupan Seperti Ronaldo