Richarlison Hasilkan Gol Terpadu Piala Dunia Setakat Ini

Pemain penyerang Brazil, Richarlison telah menghasilkan gol terpadu dan tercantik di Piala Dunia setakat ini ketika perlawanan menentang Serbia.

Selepas bergelut merobohkan benteng Serbia sepanjang separuh masa pertama, Richarlison akhirnya membuka tirai jaringan dengan gol pertama minit ke-62 dengan tolakan mudah dari bola muntah rembatan Vinicius Jr.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-73, Richarlison menjaringkan gol dengan gaya akrobatik. Dia melakukan sepakan gunting sebaik sahaja menerima hantaran Vinicius Jr.

Gol yang telah diangkat sebagai gol tercantik dan terbaik setakat ini di Piala Dunia lantaran mempunyai darjah kesukaran yang tinggi lagi penuh berseni.

Vincius menolak dengan outside foot ataupun dengan gaya trivella.

Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik dengan satu libasan yang dipanggil sepakan gunting.

Richarlison sekali lagi membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.

Richarlison hampir sahaja terlepas penerbangan ke Qatar kerana kecederaan dialaminya kira kira 2 minggu sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.

Namun dia berjaya meyakinkan Tite bahawa dia boleh cergas menjelang aksi pembukaan kumpulan Piala Dunia 2022.

Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.

Dia mungkin tidak mengumpulkan jumlah gol yang banyak sejak menandatangani kontrak dengan Tottenham Hotspur tetapi pemain nombor 9 Brazil dan malam ini membuktikan kehebatan di pentas tertinggi bola sepak.

Dalam tujuh perlawanan terakhirnya untuk Brazil, Richarlison menjaringkan lapan gol dan satu assist.

Brazil 2-0 Serbia

Brazil pasukan yang dicanang-canang sebagai calon juara Piala Dunia 2022 yang berada di kumpulan terakhir iaitu kumpulan G akhirnya turun memulakan aksi menentang Serbia.

Berada bersama dua lagi pasukan iaitu Switzerland dan Cameroon dilihat tiada masalah buat Brazil untuk ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan.

Brazil memulakan perjalanan Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 menentang Serbia yang berdaya tahan dan agak kebal benteng mereka.

Brazil gagal untuk benar-benar bangkit pada separuh masa pertama, dengan mengambil masa lebih 20 minit untuk Brazil mencatatkan percubaan tepat.

Serbia, yang tidak pernah kalah dalam perlawanan kelayakan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan memberi jalan mudah untuk Brazil.

Skuad kendalian Dragan Stojkovic berdiri teguh di bahagian pertahanan dan melihat melakukan serangan balas apabila berpeluang.

Permainan yang agak berat sebelah di separuh masa pertama di mana Brazil bukan sahaja menguasai perlawanan malahan bertali arus melakukan serangan namun Serbia tenang.

Bersambung babak kedua Brazil semakin rancak dan menggila untuk mencari gol pendahuluan.

Brazil jauh lebih baik pada separuh masa kedua bagaimanapun dan mungkin mendahului 1-0 dalam masa 40 saat, percubaan Raphinha berjaya diselamatkan dengan bijak oleh Milinkovic-Savic dari jarak dekat.

Anak buah bimbingan Tite terus menyerang dan menyerang demi mencari sebiji gol.

Percubaan Alex Sandro menerjah tiang dari jarak jauh dengan satu usaha yang cemerlang tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk Brazil mencari kejayaan.

Selepas sejam berhempas pulas mencari gol pembukaan akhirnya Richarlison berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Serbia.

Neymar memulakan gerakan dengan membawa bola masuk ke kotak dan Vinicius Jr menyambar untuk melakukan satu rembatan deras.

Penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic membuat tepisan malangnya bola pergi ke laluan larian Richarlison yang terus melakukan tolakan.

Serbia bertindak balas dengan sangat baik apabila ketinggalan 1-0, melakukan serangan tetapi semuanya gagal menghadirkan bahaya buat Brazil.

Hanya satu pembukaan diperlukan untuk membolehkan gol lain datang menyusul dan Richarlison meledak lagi pada minit ke-73.

Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik.

Maka satu gol power telah terhasil di Piala Dunia 2022 selepas gol Takuma Asona dari Jepun melalui sudut sempit.

Lima minit selepas jaringan kedua, Richarlison direhatkan lalu digantikan dengan pemain berbisa Arsenal, Gabriel Jesus.

Pada minit ke-81 , Fred hampir menjaringkan gol ketiga melalui rembatan lencong jarak jauh penuh bersahaja tetapi telah dinafikan oleh palang pula.

Persembahan separuh masa kedua yang sangat mengagumkan dari Brazil yang memulakan kempen mereka dengan sebaik mungkin.

Richarlison sekali lagi membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.

Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.

Kesebelasan Utama Brazil (4-2-3-1) Alisson; Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Alex Sandro; Casemiro, Lucas Paqueta; Raphinha, Neymar, Vinicius Jr; Richarlison.

Pemain Simpanan : Weverton, Ederson, Fred, Dani Alves, Eder Militao, Fabinho, Alex Telles, Bruno Guimaraes, Gabriel Jesus, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Bremer, Pedro, Martinelli.

Kesebelasan UtamaSerbia (3-4-2-1) V Milinkovic-Savic; Veljkovic, Milenkovic, Pavlovic; Zivkovic, Lukic, Gudelj, Mladenovic; Tadic, S Milinkovic-Savic; A Mitrovic.

Pemain Simpanan : Dmitrovic, Rajkovic, Erakovic, Maksimovic, Radonjic, Jovic, S Mitrovic, Babic, Kostic, Vlahovic, Racic, Djuricic, Lazovic, Ilic, Grujic.

Pengadil Perlawanan : Alireza Faghani (Iran).

BACA:  Pembahagian Slot Baru Piala Dunia 2026 Mengikut Konfiderasi Bola Sepak Benua