Richarlison Menganjing Kegagalan Liverpool Jadi Juara

Pemain bintang Everton, Richarlison nyata tidak dapat menahan kegembiraan apabila telah menganjing kegagalan pasukan bola sepak terhebat dunia, Liverpool yang gagal dalam misi mereka untuk bergelar juara Premier League musim 2021/22.

Liverpool tidak tewas malah berjaya mencipta kebangkitan menewaskan Woverhampton Wanderers tetapi boleh diibaratkan kemenangan Liverpool ditangguhkan mungkin untuk setahun atau 30 tahun lagi.

Hanya satu mata sahaja Liverpool yang memerlukan keajaiban dipisahkan dengan juara Premier League musim ini, Manchester City.

Liverpool yang memerlukan minima dua mata gagal memberi tekanan dari jauh kepada Manchester City apabila turut ketinggalan apabila City juga sedang ketinggalan.

Richarlison nyata tidak menaruh sebarang kasih sayang kepada jiran mereka di Merseyside apabila menggunakan media sosial untuk menganjing kegagalan Liverpool itu.

Pemain penyerang Brazil itu telah menggunakan GIF Thierry Henry yang ketawa sinis sehingga bergetar-getar bibir di laman rasmi Twitternya.

Tanpa sebarang kapsyen, GIF itu sudah cukup untuk membuatkan penyokong Liverpool termakan umpan dan koyak rabak seperti biasa.

Serangan balas dilakukan oleh penyokong Liverpool dengan menyatakan Richarlison dan Everton mengalami kegagalan teruk musim ini dan hampir ke lembah kehinaan.

Penyokong Liverpool juga memperlekehkan prestasi Richarlison yang hanya menjaringkan 10 gol di liga musim ini yang kurang dibandingkan dengan Teemu Pukki yang selamat tersingkir bersama Norwich City ke liga kejuaraan.

Dalam perlawanan terakhir liga musim ini bagi minggu ke-38 yang dilangsungkan secara serentak menyaksikan Everton telah dibelasah oleh Arsenal 5-1.

Everton yang penuh bermasalah musim ini dengan krisis kewangan meraikan kejayaan mereka lebih awal apabila terselamat dari penyingkiran liga dengan kemenangan ke atas Crystal Palace di perlawanan ke-37.

Everton menamatkan musim penuh bermasalah mereka ditangga ke-16 dengan mengumpul 39 mata, menyisihkan diri dengan 4 mata dari zon penyingkiran.

Sebelum ini Richarlison telah membedal Jamie Carragher selepas tidak senang dengan kritikan pundit Sky Sports itu dengan menyuruh bekas pemain Liverpool itu mencuci mulut longkangnya.

“Carragher pergi basuh mulut kau sebelum kau nak sembang pasal aku dan Everton dan aku tidak hormatkan kau.” Tulis Richarlison berserti emoji tahi.

Jamie Carragher kemudian membalas ciapan Richarlison dengan penuh sinis dan menyifatkan pemain Everton itu tidak dapat menerima kritikan.

Kritikan yang dilemparkan oleh Carragher atas kapasitinya sebagai seorang pundit Sky Sports bukan sebagai bekas pemain Liverpool.

“Aku sebenarnya suka benda ni. Jika Twitter aku pakai ketika masih bergelar pemain, ramai dah pundit aku maki.”

Penyokong Liverpool bukan hanya kecewa kerana melihat Man City muncul juara, namun mereka turut sedih dan berduka kerana tertipu dengan gol palsu.

Salah seorang penyokong Liverpool berjaya memperdaya kesemua yang ada di Anfield, selepas beliau memberitahu bahawa Aston Villa sudah mengikat Man City 3-3.

Sebaik beliau menyebarkan berita palsu itu, seluruh stadium bersorak bagai tiada hari esok kerana merasakan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan berjaya menjulang gelaran Premier League musim ini.

Bukan hanya penyokong, para pemain di bangku simpanan turut sama bersorak kerana mereka juga percaya yang Villa sudah mengikat kedudukan 3-3.

Walau bagaimanapun, ketika penyokong lain menyemak telefon bimbit masing-masing gol itu adalah satu khabar palsu yang mengecewakan hati yang berharap.

Jelas sekali sorakan itu terhenti dengan ramai dari mereka dilihat masih bingung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.

Bayangkan saja bagaimana perasaan pemain atas padang yang terpedaya dengan sorakan itu dan sempat berfikir yang mereka ketika itu bakal menjuarai saingan Premier League.

Para penyokong yang menonton di rumah turut menukar siaran menyaksikan aksi perlawanan antara Man City bertemu Aston Villa hanya kerana mahu mengesahkan situasi sebenar.

Tiada tambahan jaringan atau penalti atau apa-apa situasi menarik pun yang berlaku di Etihad sebenarnya, melainkan penyokong Liverpool sendiri terpedaya dengan gol palsu itu.

BACA:  Mourinho: Frank De Boer Pengurus Paling Teruk Dalam Sejarah Liga Perdana Inggeris