Rio Ferdinand Dan John Terry Siapa Lebih Hebat?

Rio Ferdinand dan John Terry merupakan dua pertahanan terbaik pernah beraksi di Premier League.

Kedua-dua pemain itu telah mempamerkan aksi pertahanan yang cukup kebal dan hebat untuk pasukan masing-masing.

Namun, antara dua legenda ini, siapa lebih hebat dan lebih dikagumi oleh para peminat bola sepak?

Menerusi laman Facebook rasmi GMS, mereka telah mengadakan pilihan raya kecil untuk menentukan siapa lebih hebat antara dua pemain ini ketika aksi kemuncak mereka.

51.1% pengundi telah sebulat suara membuang undi mereka untuk bekas ketua pasukan setan merah, Rio Ferdinand.

Legenda pasukan the blues, John Terry pula menerima 48.9% undi, ini bermakna beliau telah tewas tipis kepada Rio Ferdinand mengikut undian dari peminat.

Hampir 116,000 peminat telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk menentukan siapa pertahanan terbaik antara dua legenda ini.

Kedua-dua mereka telah beraksi di era yang sama dalam kancah premier league dan mereka juga merupakan gandingan pertahanan untuk pasukan kebangsaan England.

England mempunyai ramai pilihan pertahanan ketika itu seperti Jamie Carragher, Martin Keown dan Sol Campbell.

Tetapi antara yang sering diberi kepercayaan dan yang sering menjadi perdebatan para peminat adalah perseteruan antara Ferdinand dan Terry.

Seorang dari Chelsea dan seorang lagi bersama setan merah, mereka berdua adalah seteru dalam saingan Premier League tetapi menjadi gandingan mantap untuk pasukan kebangsaan England.

Dari segi kejayaan untuk saingan Liga, mereka telah berjaya untuk memenangi segalanya dalam karier masing-masing.

Ferdinand berjaya memenangi enam kali gelaran Liga sepanjang kariernya bersama setan merah, manakala John Terry pernah menjulang lima kali kejuaraan liga bersama Chelsea.

Untuk peringkat Eropah pula, Terry mempunyai pencapaian lebih cemerlang berbanding Ferdinand.

Terry berjaya menjulang satu kejuaraan liga Juara-juara dan satu kejuaraan Europa League, berbanding Ferdinand hanya pernah menjulang satu saja kejuaraan dalam saingan Liga Juara-juara.

Ferdinand turut pernah menjulang Piala Super dan FIFA Club World Cup dalam sepanjang kariernya. Manakala John Terry tidak pernah menjulang kedua-dua piala itu.

Ferdinand mungkin memenangi sesi undian itu kerana mendapat sokongan dari kebanyakkan peminatnya.

Hakikat yang nyata, kedua-dua legenda ini merupakan pertahanan terbaik yang pernah beraksi di pentas Premier League.

Mereka mempunyai sejarah luar biasa dan mereka turut membuktikan kehebatan masing-masing dengan kejayaan yang telah mereka capai.

BACA:  Legenda Man United Tak Puas Hati Chelsea Dapat Penalti Kedua