Rio Ferdinand Gigih Berlatih Untuk Menjadi Petinju Profesional

Bekas pertahanan kental lagi hebat Manchester United dan England, Rio Ferdinand yang bersara pada tahun 2015 kini giat berlatih dalam usaha untuk mencuba karier baru iaitu menjadi Petinju Profesional.

Rio Ferdinand telah bersetuju untuk bertarung dengan menyahut cabaran Betfair’s ‘Defender to Contender’. Ferdinand kini gigih berlatih dengan sasaran untuk mendapatkan lesen dari British Boxing Board of Control licence sebelum layak bertarung untuk mendapatkan gelaran.

Dalam satu kenyataan, Ferdinand berkata :

“Aku rasa ini peluang aku untuk buktikan siapa aku dalam sukan baru apabila Betfair mencadangkan kepada aku tentang Defender to Contender challenge.”

“Tinju merupakan sukan yang menakjubkan. Aku mempunyai minat dalam bertinju dan cabaran ini adalah satu peluang yang sempurna buat akau membuktikan kepada orang ramai yang aku mampu lakukan”

Mampukah Rio Ferdinand mendapatkan lesen untuk menjadi petinju profesional?

Baca Juga

Baca Juga