Rio Ferdinand Racun Jadon Sancho Jangan Join Liverpool

Rio Ferdinand baru-baru ini meluahkan rasa tidak senang beliau apabila menerima berita tentang Jadon Sancho dikaitkan dengan pasukan Liverpool.

Menurut laporan David Maddock dari Mirror, pasukan Liverpool kini sedang menyertai persaingan untuk mendapatkan Jadon Sancho dari Dortmund.

Berita itu sampai ke pengatahuan legenda setan merah, Rio Ferdinand. Beliau terus meluahkan rasa tidak senangnya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Sancho tidak sesuai untuk menyertai Liverpool.

Rio Ferdinand berharap Jadon Sancho membuat keputusan yang bijak bagi memastikan dirinya mendapat minit perlawanan yang banyak.

Hal itu kerana, Jadon Sancho sebelum ini meninggalkan Manchester City atas alasan kecewa tidak mendapat minit perlawanan.

Ferdinand turut menyatakan bahawa perkara yang sama akan berlaku jika Jadon Sancho memilih untuk ke Liverpool.

“Walaupun pemain sebagus Sancho, saya tetap rasa beliau tak cukup bagus untuk masuk ke dalam pasukan utama Liverpool sekarang ini.”

“Adakah Sancho lebih baik daripada mana-mana penyerang utama Liverpool seperti Mo Salah, Mane atau Firmino? Buat masa ini saya rasa tidak, beliau belum sampai ke tahap itu.”

“Namun saya percaya beliau ada potensi untuk menjadi sebagus mereka. Tetapi, buat masa ini, ketiga–tiga mereka bermain sangat bagus.”

Ekoran dari kejohanan Negara Afrika yang bakal kembali dianjurkan pada pertengahan musim liga di Eropah tahun hadapan.

Liverpool bakal kehilangan dua pemain utama mereka, Sadio Mane dan Mo Salah. Kerana itu lah mereka mahu mendapatkan pengganti dua jentera serangan utama pasukan.

Jadon Sancho antara pemain yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sejak musim lalu dan kini the reds kembali bersaing untuk mendapatkan khidmat dari pemain England itu.

Terbaru, Jadon Sancho sedang hangat dikaitkan dengan setan merah dan Chelsea, kedua-dua pasukan berebut mahu mendapatkan pemain muda itu.

Tetapi, menurut Fabrizio Romano, beliau menegaskan bahawa setan merah sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan Sancho.

Setan merah terlebih dahulu telah memulakan langkah pertama mereka dengan menghubungi ejen kepada pemain itu.

Namun, sehingga kini, masih belum ada sebarang bidaan rasmi yang dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Borussia Dortmund sendiri sudah meletakkan tanda harga minima €110 juta untuk melepaskan pemainnya.

Fabrizio Romano turut mendedahkan bahawa perundingan ini tidak semudah yang disangka. Ianya akan menjadi perbincangan yang panjang.

Borussia Dortmund memberikan lampu hijau kepada Manchester United, jika mereka benar-benar mahu mendapatkan Jadon Sancho.

Sebelum ini, CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menyatakan bahawa, mereka akan menghormati kehendak Sancho, jika beliau mahu pergi berhijrah ke kelab lain.

Watzke mengakui sudah bercakap dengan Jadon Sancho berhubung dengan masa depan pemain tersebut.

BvB sebenarnya mahukan beliau terus kekal. Tetapi pihak mereka terpaksa akur dengan kehendak Sancho, jika beliau mahu pergi.

“Sebenarnya sebelum penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan liga digantung, kami sudah menjelaskan bahawa kami mahu Sancho kekal bersama Dortmund.”

“Namun segala keputusan ada di tangan beliau dan kami akan sentiasa menghormati keputusan dan kehendak para pemain kami.”

Watzke turut menolak teori bahawa, Borussia Dortmund panik mahu menjual Jadon Sancho kerana wabak Covid-19 yang membuatkan kelab mereka terkena impak dari segi ekonomi.

“Saya mahu menjelaskan bahawa, walau sekaya mana kelab itu, mereka akan bermasalah juga ketika berlakunya krisis seperti ini. Dan ini tidak bermakna kami mahu melepaskan Jadon Sancho dengan harga lelong.”

“Kami tak akan menjual pemain kami di bawah nilai sebenar mereka.”

Jadon Sancho telah berjaya menjaringkan 17 gol dan 16 assist dari 35 penampilan musim ini. Kontrak semasa beliau akan tamat pada 2022.

Selepas memberi bayangan bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Dortmund musim hadapan.

Sancho terus menjadi rebutan pasukan-pasukan gergasi di Eropah. Setakat ini semua pasukan yang dikaitkan dengan beliau masih belum ada yang membuat tawaran rasmi untuk mendapatkannya.

BACA:  Maguire Perlahan Dan Jadi Lubuk Penyerang Lawan - Ferdinand