Rio Ferdinand Yakin Scott McTominay Boleh Jadi Jordan Henderson Manchester United

Bekas pemain pertahanan dan legenda Manchester United, Rio Ferndinand menzahirkan keyakinan dan kepercayaan bahawa Scott McTominay boleh menjadi Jordan Henderson Manchester United.

Biasa yang kita dengar Lionel Messi England, Messi Terengganu, Messi Selangor atau Ronaldo Kelantan, Ronaldo Perak Atau Neymar Kedah serta terpaling padu pun Safawi Spain.

Ternyata ada kekaguman yang nyata dari lubuk hati Rio Ferdinand ini kepada pemain tengah dan kapten Marvel Liverpool, Jordan Henderson yang juga tonggak pasukan England.

Keyakinan Ferdinand ini berdasarkan personaliti, karakter dan sumbangan McTominay ketika beraksi dipadang yang membawa aura seperti yang terdapat pada Jordan Henderson bersama Liverpool.

Scott McTominay berusia 24 tahun kini telah menstabilkan kedudukan sebagai pemain utama pilihan Ole Gunnar Solskjaer membentuk double-pivot bersama Fred di bahagian tengah.

Gandingan duo McTominay-Fred selalu menjadi dan biasanya Fred pasti kelaut membentuk formasi 4-2-3-1 yang melindungi barisan pertahanan dan mengitar semula penguasaan bola.

Pemain kebangsaan Scotland itu mula memecah masuk ke kesebelasan utam sejak Setan Merah dibimbing Jose Mourinho lagi dan musim ini McTominay menutup mulut pengkritik dengan aksi konsisten.

Prestasi terkini McTominay ini telah menaikkan kening ramai pemerhati dan Sir Alex Ferguson telah melabel McTominay sebagai ‘Man Utd’s new Darren Fletcher’, pemain harapan Sir Alex Fergusan suatu masa dahulu.

Rio Ferdinand mempunyai pandangan yang tersendiri dan melabel McTominay sebagai Jordan Henderson Manchester United.

“Aku percaya McTominay mampu menjadi sejenis pemain yang mampu membawa pengaruh seperti mana Jordan Henderson lakukan bersama Liverpool beberapa tahun ini, jika pasukan dibina dengan betul.”

“AKu rasa McTominay ada personaliti, karakter dan sifat yang betul.”

“Beliau mampu mengawal padang, merampas bola. Ya, beliau bukan penghantar bola seperti Bruno Fernandes atau Paul Pogba tapi beliau tak perlu pun benda tu bila dalam pasukan kau ada pemain macam tu (Pogba dan Bruno).”

Seperti mana pendapat ramai bahawa McTominay perlukan gandingan baharu menggantikan Fred, Rio Ferdinand juga senada dan menanggap gandingan McTominay-Fred hanya bersifat sementara.

“Beliau mempunyai jurulatih terbaik untuk posisi itu, menguasai bahagian tengah dan menghantar bola kepada pemain berperanan sebagai nombor 10. Michael Carrick dan Darren Fletcher ada di kelab kot.”

“Beri masa dan beliau mampu tapi McTominay perlu diletakkan bersama pemain yang betul sebagai gandingan dan Fred bukanlah pemain itu.”

“McTominay mampu membawa pengaruh kepada pasukan, beliau ada karakter dan personaliti. Di sesi latihan beliau perlu belajar banyak perkara dan mengikut budaya kelab iaitu berani suara.”

Bagi Ferdinan McTominay mampu kerana boleh belajar dengan Michael Carrick dan Darren Fletcher serta perlu belajar untuk bersuara di dalam padang. Barulah boleh jadi general.

“Beliau sangat yakin, banyak perkara semulajadi yang baik, bekerja keras, mempunyai etika kerja yang bagus, itulah ciri-ciri yang kau nak tengok. Berikan nilai kepadanya.”

“Beliau bagus dalam banyak perkara yang tidak dipunyai oleh pemain lain,”

Pengembang bakat pemain yang berjaya, Sir Alex Ferguson pula menyamakan permainan Scott McTominay ini dengan pemain kesayangan beliau Darren Flechter dan meramalkan McTominay kan menjadi pemain sensasi.

“McTominay kini muncul sebagai salah satu pemain besar Manchester United.”

“Ketika kau menyaksikan Manchester United memilih pasukan untuk perlawanan besar, McTominay ada di dalamnya. Watak yang baik, pelatih yang hebat, aku tahu serba sedikit mengenai budak lelaki itu.”

“Aku terus sign beliau ketiak umur 7 atau 8 tahun. Ketika budak beliau sebenar bermain sebagai penyerang hadapan. Beliau telah membesar dan menjadi lebih kepada Darren Flechter ketika tiba.”

Menurut Sir Alex Ferguson lagi, McTominay bukan sahaja seira Fletcher dari segi fizikal malahan gaya permainan pun hampir sama.

“”McTominay adalah jenis yang serupa dengan Darren, tinggi lampai, jujur, pemenang bola yang baik, pantas untuk maju ke depan, sikap yang bagus ketika permainan.”

“Semua sifat yang dimiliki Darren, McTominay telah memilikinya. Kami jarang meninggalkan Darren untuk perlawanan besar, terutama ketika menentang Arsenal, dia tidak menghadapi masalah dengan Patrick Vieira, dan McTominay mengikuti panduan tersebut.

“Benar-benar bermakna bagi aku untuk melihat orang Scotland datang ke sini.”

Selepas memuji McTominay yang akan menjadi pemain penting Manchester United, Sir Alex Ferguson dengan halus klaim beliau dan McTominay berasal dari Scotland.

Baca Juga

Baca Juga