Rivaldo Menganggap Haaland Boleh Menjadi Sehebat Ronaldo Nazario

Legenda Brazil, Rivaldo yakin dan percaya bahawa Erling Haaland akan berjaya mencapai tahap ikonik seperti Ronaldo Nazario satu hari nanti dengan apa yang sudah dipamerkan setakat ini.

Beliau turut menyokong dan berpendapat pemain muda Norway itu untuk beraksi di La Liga kerana yakin Haaland akan lebih bersinar di sana.

Penyerang sensasi berusia 19 tahun baru saja menyertai Borussia Dortmund pada Januari lalu tetapi sudah berjaya menjaringkan banyak gol dalam saingan Bundesliga.

Aksinya yang mantap berjaya menarik minat pasukan gergasi dari Eropah seperti Real Madrid, Liverpool dan Juventus yang dilaporkan sering memerhatikan bintang Norwey itu.

Rivaldo turut menegaskan bahawa Haaland mempunyai kualiti yang sempurna untuk beraksi dalam saingan La Liga bersama pasukan Real Madrid.

Beliau turut membandingkan Haaland dengan bekas rakan sepasukannya di Brazil, Ronaldo Nazario dan menganggap penyerang Borussia Dortmund itu mampu untuk menjadi sehebat R9.

“Dia sudah pon menjadi seorang pemain yang hebat. Tetapi diusia baru 19 tahun dia sepatutnya boleh menjadi yang lebih hebat dimasa hadapan dan menjadi salah seorang penyerang terhebat didunia.”

Tulis Rivaldo untuk Betfair.

“Dia mempunyai banyak personaliti, bermain tanpa rasa takut dan kelihatan sangat tenang ketika beraksi dalam padang. Jadi dia memang seorang pemain bertaraf dunia yang hebat tetapi masih boleh belajar lebih banyak dan perkara biasa pemain sehandal dia menjadi rebutan banyak kelab besar.”

“Ada segelintir orang yang sudah membandingkan gaya Haaland dengan Ronaldo Nazario dan benar memang ada persamaan antara mereka yang mana Haaland seorang yang pantas, tidak pernah gentar dan menjaringkan gol yang banyak. Tetapi masih terlalu Awal untuk mengatakan beliau akan berjaya seberjaya Ronaldo.”

Tambah Rivaldo lagi.

“Ronaldo berjaya memenangi dua kali Piala dunia dari empat penyertaannya. Beliau turut beraksi cemerlang dalam aksi di Piala Dunia dengan larian dan jaringannya, jadi kita perlukan masa untuk melihat sama ada Haaland mampu atau tidak berada sama level dengan Ronaldo.”

“Tetapi Haaland jelas kelihatan mempunyai kualiti yang setidaknya hampir sama hebatnya seperti rakan sepasukan saya dahulu.”

“Real Madrid antara pasukan yang kelihatannya destinasi terbaik untuk Haaland sekiranya beliau mahu meninggalkan Dortmund musim panas nanti dan dia menunjukkan kualiti sangat sempurna untuk cemerlang dalam saingan liga bola Sepanyol.”

“Ketajaman dan ketangkasannya dihadapan gol meletakkannya dalam situasi sebagai seorang yang sangat hebat dan boleh bersinar di La Liga dan mungkin Barcelona boleh menjadi pilihan kedua terbaik untuknya.”

“Pasukan mana pon yang berjaya menandatangani beliau pasti akan mendapat kepuasan yang sangat luar biasa dan sangat berbaloi untuk mendapatkan pemain sepertinya.”

BACA:  Penyokong City Teruja Lihat Mahrez Dan Haaland 'Party' Bersama Di Mykonos