Rivaldo- Messi Dan Cristiano Ronaldo Bukan GOAT Dan Yang Layak Diberi Gelaran Itu Adalah..

Roberto Carlos telah menamakan rakan sepasukannya di Brazil Ronaldo Nazario lebih layak digelar GOAT berbanding Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Legenda Brazil berusia 47 tahun itu dahulunya pernah beraksi diposisi pertahanan kanan dan bermain bersama ‘Phenomenon’ untuk pasukan kebangsaan Brazil serta Real Madrid.

Roberto Carlos turut menegaskan bahawa Ronaldo yang kini berusia 43 tahun itu bukan sahaja selalu menyerlah didalam padang, bahkan beliau turut menyerlah ketika dipadang latihan.

Beliau turut beranggapan bahawa pemain seperti Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar sendiri tidak layak dibandingkan dengan Ronaldo.

“Ronaldo selalu menyerlah ketika dalam sesi latihan. Dia adalah yang terbaik. Dan tidak mungkin akan ada lagi Ronaldo ‘Fenomeno’ yang lain dimasa akan datang.”

Jelas pemenang Piala Dunia itu kepada Goal.

“Bukan Neymar, Cristiano atau Messi, Ronaldo Nazario sangat istimewa.”

“Saya rasa ketika era generasi saya dahulu, untuk menjaringkan gol itu lebih sukar. Kalau dahulu kekuatan fizikal pemain pertahanan itu luar biasa dan penyerang juga kurang dilindungi. Tetapi Ronaldo Nazario boleh lakukan segalanya.”

Ronaldo Nazario sememangnya terkenal sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau telah mengharungi perjalanan karier yang sangat cemerlang baik untuk kelab mahupun untuk pasukan kebangsaannya Brazil.

Lionel Messi sendiri sebelum ini mendedahkan bahawa pemenang dua kali Ballon d’or itu masih kekal pemain penyerang terbaik dunia sepanjang zaman.

“Ronaldo adalah phenomenon, dia penyerang terbaik pernah saya jumpa. Dia yang terbaik.”

“Ronaldo Nazario sungguh mengagumkan.”

Jelas ketua pasukan Barcelona itu.

Roberto Carlos bukanlah individu pertama yang menganggap Ronaldo Nazario merupakan GOAT sebenar berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini pengurus pasukan Tottenham Hotspur, Jose Mourinho turut mengatakan bahawa tidak ada sesiapa lebih handal dari bekas penyerang pasukan Inter Milan dan Real Madrid itu dari segi skill dan bakat.

Pengurus berusia 57 tahun itu menjelaskan bahawa:

“Ronaldo, El Fenomeno. Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mempunyai perjalanan karier yang lebih panjang. Mereka kekal mendominasi dunia bola sepak dalam tempoh 15 tahun ini.”

“Walau bagaimanapun, jika kita hanya bercakap tentang bakat dan kemahiran, tiada siapa boleh tandingi Ronaldo Nazario.”

“Ketika beliau beraksi bersama Barcelona bersama Bobby Robson, saya sedar bahawa dia merupakan pemain terbaik yang pernah saya lihat beraksi di padang.”

“Kecederaan membunuh kariernya yang sepatutnya boleh menjadi lebih hebat. Tetapi bakat yang beliau miliki sememangnya sesuatu yang sungguh luar biasa hebat.”

BACA:  Messi Patut Diberikan Hadiah Nobel Kerana Assist Yang Begitu Gila