Riwayat Hidup David Beckham

David Robert Joseph Beckham, lahir 2 Mei 1975 merupakan bekas pemain bola sepak profesional Inggeris. Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England, dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol. Dia merupakan pemain Inggeris pertama  memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.

(FILES) In a file picture taken on May 3, 2003 David Beckham celebrates after making it Manchester United 1-Charlton 0 during their English Premier League football match at Old Trafford, in Manchester. David Beckham is to retire from professional football at the end of the season, his representative announced on on May 16, 2013. The 38-year-old midfielder has played for Manchester United, Real Madrid and AC Milan, as well as winning 115 caps for England, and recently won the French Ligue 1 championship with Paris Saint-Germain. AFP PHOTO / PAUL BARKERPAUL BARKER/AFP/Getty Images

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana Beckham membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun. Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999. Beliau kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid, memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.

Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy. Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali, dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010. Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama  bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.

Di peringkat antarabangsa, Beckham membuat penampilan sulung untuk England pada 1 September 1996, ketika berumur 21 tahun. Dia merupakan kapten untuk England selama enam tahun dimana dia bermain 58 kali sepanjang tempoh itu. Secara keseluruhan, dia membuat 115 penampilan, beraksi dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan dua kejohanan Piala Eropah UEFA (2000 dan 2004).

Terkenal dengan hantaran bola yang tepat dan sepakan percuma melentur yang mempersonakan, Beckham telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA dan pada tahun 2004 dia dinamakan dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia yang masih hidup. Secara konsisten disenaraikan sebagai salah seorang ahli sukan dengan pendapatan tertinggi. Pada tahun 2013 Beckham disenaraikan sebagai pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia dengan pendapatan lebih $50 juta dalam tempoh 12 bulan.

Beckham berkahwin dengan Victoria pada tahun 1999 dan mereka mempunyai empat orang anak. Anak sulung Beckham, Brooklyn bermain untuk Arsenal Bawah-16. Pada bulan Februari 2014, MLS mengumumkan Beckham dan sekumpulan pelabur akan memiliki sebuah pasukan di Miami yang akan mula bermain pada tahun 2016 atau 2017.

Kehidupan awal David Beckham

Beckham dilahirkan di Hospital Universiti Whipps Cross di Leytonstone, London, England. Dia merupakan anak kepada Sandra Georgina, seorang pendandan rambut dan David Edward Alan “Ted” Beckham, pereka dapur yang berkahwin di London Borough of Hackney pada tahun 1969. Beckham kerap bermain bola sepak di Ridgeway Park Chingford semasa kecik dan belajar di Chase Lane Primary School dan Chingford Foundation School.

beckham-1975

Ketika satu temubual pada tahun 2007, Beckham berkata,

“Di sekolah setiap kali cikgu bertanya, ‘Apa yang awak ingin jadi apabila awak dewasa?’ Saya berkata, ‘Saya ingin menjadi pemain bola sepak.’ Dan mereka Bertanya lagi, ‘Tak, sebenarnya apa pekerjaan yang awak benar-benar mahu lakukan?’ Beckham menjawab “Tapi itu sajalah benda yang saya ingin buat.”

Ibu bapanya merupakan penyokong fanatik Machester United dan kerap pergi ke Old Trafford dari London untuk menonton perlawanan di Old Trafford. David mewarisi minat ibu bapanya terhadap Manchester United dan minat sukannya yang utama adalah bola sepak. Dia menghadiri salah satu sekolah bola sepak Bobby Charlton di Manchester dan memenangi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan di FC Barcelona, sebagai sebahagian daripada hadiah pertandingan bakat baru.

Beckham bermain dengan pasukan belia tempatan yang dipanggil Ridgeway Rovers – dilatih oleh bapanya, Stuart Underwood dan Steve Kirby. Beckham merupakan maskot Manchester United ketika perlawanan menentang West Ham United pada tahun 1986. Beckham ketika muda menjalani ujian bersama kelab Leyton Orient, Norwich City dan menghadiri sekolah kecemerlangan Tottenham Hotspur. Tottenham Hotspur merupakan kelab pertama Beckham bermain. Sepanjang tempoh dua tahun dimana Beckham bermain untuk pasukan belia Brimsdown Rovers, dia dinamakan Pemain Tahunan Bawah-15 pada tahun 1990.

Karier awal dan belia

Setelah menandatangani untuk Manchester United sebagai seorang pelatih pada 8 Julai 1991, Beckham merupakan salah seorang daripada sekumpulan pemain muda yang digelar Class of 92 termasuk Ryan Giggs, Gary Neville dan Paul Scholes yang dilatih oleh Eric Harrison yang membimbing kelab itu untuk memenangi Piala Belia FA Inggeris pada bulan Mei 1992. Beckham menjaringkan gol kedua Manchester United pada minit ke-30 semasa kemenangan 3–1 mereka dalam pusingan pertama perlawanan akhir menentang Crystal Palace pada 14 April 1992.

Dalam pusingan kedua pada 15 Mei, Beckham bermain keseluruhan 90 minit perlawanan itu yang berkesudahan dengan kemenangan 3–2 untuk Manchester United dan 6–3 secara agregat. Impak Beckham membolehkannya membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada 23 September 1992, sebagai pemain gantian menggantikan Andrei Kanchelskis dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Brighton & Hove Albion. Tidak lama selepas itu, Beckham menandatangani kontrak profesional pada 23 Januari 1993.

David Beckham, 1997.

Manchester United sekali lagi layak ke perlawanan akhir Piala Belia FA Inggeris, dimana mereka akan berhadapan dengan Leeds United. Pusingan pertama berlangsung pada 10 Mei 1993, dimana Beckham beraksi untuk Manchester United ketika kekalahan 2–0 di tempat sendiri dan digantikan oleh Robbie Savage. Dalam pusingan kedua pada 13 Mei 1993, Beckham bermain keseluruhan perlawanan untuk Manchester United ketika kekalahan 2–1 membolehkan Leeds United menang dengan agregat 4–1.

Beckham juga memenangi trofi bersama pasukan simpanan kelab, apabila pasukan itu memenangi liga pada tahun 1994. Pada bulan September 1994, Beckham membuat penampilan penuh pertamanya untuk pasukan utama ketika menentang Port Vale dalam perlawanan Piala Liga. Pada 7 Disember 1994, Beckham membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara Eropah dengan menjaringkan satu gol ketika kemenangan 4–0 di tempat sendiri keatas Galatasaray dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Namun di sebalik kemenangan itu, mereka berada di tempat ketiga daripada empat pasukan dalam kumpulan di belakang FC Barcelona.

Preston North End (pinjaman)

Beckham kemudiannya dipinjamkan kepada Preston North End pada musim 1994–95 untuk mendapat lebih pengalaman beraksi dalam pasukan utama. Dia menarik perhatian, menjaringkan dua gol dalam lima penampilan, salah satunya menjaringkan gol secara terus dari sepakan penjuru.

Kembali ke Manchester United – Class Of 92

Beckham kembali ke Manchester dan akhirnya membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United pada 2 April 1995  ketika seri tanpa jaringan menentang Leeds United. Beckham membuat empat penampilan untuk United dalam liga pada musim itu, dimana United meduduki tangga kedua Liga di belakang Blackburn Rovers dan terlepas untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut hanya dengan perbezaan satu mata. Beckham tidak disenarai dalam skuad untuk perlawanan akhir Piala FA 1995 menentang Everton pada 20 Mei, dimana United kalah 1–0 dan gagal memenangi sebarang trofi utama buat pertama kali sejak tahun 1989.

Pengurus United ketika itu, Sir Alex Ferguson menaruh keyakinan tinggi terhadap pemain-pemain muda kelab itu. Beckham merupakan sebahagian daripada kumpulan bakat muda yang dibawa masuk oleh Ferguson ke Manchester United pada awal tahun 90-an yang dikenali sebagai “Fergie’s Fledglings”. Apabila pemain berpengalaman seperti Paul Ince, Mark Hughes, dan Andrei Kanchelskis meninggalkan kelab itu pada akhir musim 1994–95.

Ferguson membuat keputusan untuk membiarkan pemain pasukan belia menggantikan pemain bintang yang pergi berbanding membeli pemain bintang daripada kelab lain (United telah dikaitkan dengan perpindahan pemain termasuk Darren Anderton, Marc Overmars, dan Roberto Baggio, tetapi tiada perpindahan utama yang dibuat pada musim panas itu) telah mengundang banyak kritikan dan cemuhan. Kritikan bertambah apabila United memulakan musim baru dengan kekalahan 3–1 kepada Aston Villa, di mana Beckham menjaringkan satu-satunya gol United dalam perlawanan itu, walau bagaimana pun United berjaya bangkit daripada kekalahan awal musim dan pemain-pemain muda itu beraksi dengan baik.

classof92_2865163b

Beckham dengan pantasnya meletakkan dirinya sebagai pemain tengah kanan United (bukannya sebagai pemain sayap kanan seperti Andrei Kanchelskis) dan membantu mereka untuk memenangi kejuaraan berganda Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris musim 1995/1996 dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan separuh akhir menentang Chelsea dan juga membuat hantaran sepakan penjuru dimana Eric Cantona menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala FA.

Pingat kejuaraan pertama Beckham yang pada awalnya kelihatan seperti tidak akan datang pada musim itu, selepas United ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu Newcastle United pada awal tahun baru tetapi Beckham dan rakan sepasukannya telah mengatasi pasukan Tyneside itu pada pertengahan bulan Mac dan mereka kekal di tempat teratas sehingga akhir musim. Walaupun bermain secara kerap (secara konsisten dalam standard yang tinggi) untuk Manchester United, Beckham gagal mendapat tempat bersama skuad England untuk kejohanan Euro 96.

Ketika permulaan musim 1996–97, David Beckham diberi jersi bernombor 10 yang sebelum ini dipakai Mark Hughes. Pada 17 Ogos 1996 (hari pertama dalam musim Liga Perdana), Beckham menjadi terkenal selepas dia menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Wimbledon. Dengan United mendahului 2–0, Beckham menyedari bahawa penjaga gol Wimbledon, Neil Sullivan berdiri jauh daripada pintu gol. Beckham membuat percubaan daripada tengah padang serta bola melepasi penjaga gol itu dan bola menerjah ke dalam jaring.

Semasa Beckham menjaringkan gol terkenal itu, dia memakai kasut Adidas Predator yang dibuat untuk Charlie Miller (“Charlie” disulam di atas but), yang telah diberikan kepada Beckham secara tidak sengaja. Dalam pungutan suara yang diadakan di UK oleh Channel 4 pada tahun 2002, orang awam Britain mengundi gol itu di tempat ke-18 dalam senarai 100 Peristiwa Terhebat Dalam Sukan. Semasa musim 1996–97, Beckham secara automatik menjadi pemain pilihan utama di Manchester United membantu mereka mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan diundi sebagai Pemain Muda Tahunan PFA oleh rakan-rakannya.

Pada 18 Mei 1997, Eric Cantona bersara dari bolasepak dan meninggalkan jersi lagenda bernombor 7. Teddy Sheringham tiba dari Tottenham Hotspur sebagai pengganti Cantona, Beckham menyerahkan jersi nombor 10 untuk Sheringham dan mengambil jersi ikonik nombor 7 yang pernah dipakai oleh legenda United George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan kemudiannya legasi itu di sambung oleh Cristiano Ronaldo. Manchester United memulakan musim 1997–98 dengan baik tetapi persembahan tidak menentu pada separuh kedua musim menyaksikan United berada di tempat kedua di belakang Arsenal.

Kejuaraan Treble Musim 1998/1999

Dalam musim 1998–99, Beckham merupakan sebahagian daripada pasukan United yang memenangi kejuaraan treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, satu pencapaian unik dalam bola sepak Inggeris. Terdapat spekulasi bahawa kritikan yang diterimanya selepas dibuang padang ketika Piala Dunia akan menyebabkan dia meninggalkan England, tetapi Beckham membuat keputusan untuk tinggal di Manchester United.

Untuk memastikan mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, United memerlukan kemenangan dalam perlawanan akhir liga musim itu di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur (terdapat spekulasi menyatakan bahawa Tottenham akan membiarkan mereka tewas dengan mudah untuk mengelakkan pesaing mereka Arsenal mengekalkan kejuaraan liga), tetapi Tottenham mendahului perlawanan. Beckham menjaringkan gol penyamaan dengan sepakan lencong ke penjuru atas kiri gol dan United berjaya memenangi perlawanan itu dan liga.

Beckham bermain di posisi tengah ketika kemenangan United ke atas Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1999, selepas pemain tengah utama mereka Paul Scholes dan Roy Keane digantung perlawanan. United ketinggalan 1-0 dalam masa sebenar, tetapi berjaya memenangi trofi itu selepas menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan. Kedua-dua gol itu datang dari sepakan sudut yang diambil Beckham. Bantuan gol yang penting itu, berserta persembahan hebat sepanjang musim, meletakkan Beckhamdi tempat kedua di belakang Rivaldo untuk anugerah Pemain Terbaik Eropah Tahunan dan Pemain Terbaik Dunia FIFA 1999.

Walaupun pencapaian cemerlang Beckham pada musim 1998–99, dia masih kurang disenangi oleh sesetengah peminat pasukan lawan dan wartawan dan dia telah dikritik selepas dibuang padang kerana kekasaran yang sengaja ketika perlawanan Piala Dunia FIFA menentang Argentina. Telah di dada akhbar bahawa isterinya, Victoria merupakan pengaruh buruk kepada Beckham, dan mungkin demi kepentingan United mereka akan menjualnya tetapi Ferguson secara terbuka menyokongnya dan dia kekal di kelab itu.

Semasa musim 1999–2000, terdapat perbincangan untuk perpindahan ke kelab Itali iaitu Juventus , namun ia tidak berlaku. Beckham membantu United mengekalkan kejuaraan Liga Perdana pada musim 1999–2000 dengan perbezaan 18 mata – selepas dicabar oleh Arsenal dan Leeds United sepanjang musim itu. United menang kesemua 11 perlawanan terakhir liga musim itu, dengan Beckham menjaringkan lima gol daripadanya dan gol terakhirnya hadir ketika perlawanan terakhir di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur.

Hubungan Mula Retak Bersama Manchester United

Menjelang awal tahun 2000, hubungan diantara Ferguson dengan Beckham telah mula merosot,  akibat populariti Beckham dan komitmennya di luar bola sepak. Pada tahun 2000, Beckham telah diberi kebenaran untuk tidak hadir ke latihan untuk menjaga anaknya Brooklyn, yang sakit Gastroenteritis tetapi Ferguson berang setelah Victoria Beckham dilihat berada di majlis Minggu Fesyen London pada malam yang sama.

Ferguson mendakwa bahawa Beckham akan dapat berlatih jika Victoria menjaga Brooklyn pada hari itu. Ferguson mendenda Beckham dengan denda maksimum yang dibenarkan (gaji dua minggu – kemudiannya £50,000) dan menetepikannya daripada perlawanan penting menentang pesaing United, Leeds United. Ferguson mengkritik Beckham dalam satu autobiografinya, Ferguson mendakwa Beckham berlaku tidak “adil kepada rakan sepasukannya” Walaupun begitu, Beckham tetap mempunyai musim yang bagus dengan kelab dan membantu United memenangi liga dengan rekod perbezaan mata.

“Dia tidak pernah menjadi masalah sehingga dia berkahwin. Dia dahulunya pergi bekerja dengan jurulatih akademi pada waktu malam, dia adalah seorang anak muda yang hebat. Berkahwin dengan selebriti industri hiburan adalah satu perkara yang sukar – sejak saat itu, kehidupannya telah berubah. Dia seperti seorang selebriti besar, bola sepak adalah hanya sebahagian kecil.”‘ – Alex Ferguson bercakap tentang perkahwinan Beckham pada tahun 2007

Beckham merupakan tonggak penting United ketika mereka menang kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut pada musim 2000/2001, hanya empat kelab yang pernah berjaya memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut. Beckham menjaringkan sembilan gol musim itu, kesemuanya di dalam Liga Perdana.

Pada 10 April 2002, Beckham mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga-Juara-Juara menentang Deportivo La Coruña, patah tulang Metatarsal di kaki kirinya. Terdapat spekulasi di kalangan media British bahawa Beckham mungkin dicederakan dengan sengaja kerana pemain yang mencederakan Beckham adalah pemain dari Argentina, Aldo Duscher dimana England dan Argentina dijadualkan akan bertemu dalam Piala Dunia tahun itu.

Kecederaan itu menghalang Beckham daripada bermain untuk United untuk baki musim dan mereka terlepas kejuaraan Liga Perdana kepada Arsenal (juga disingkirkan dari Liga Juara-Juara Eropah oleh Bayer Leverkusen melalui gol di tempat lawan di perlawanan separuh akhir), tetapi Beckham menandatangani kontrak tiga tahun pada bulan Mei, selepas berbulan-bulan membuat rundingan dengan kelab, perbincangan banyak berkisar mengenai bayaran tambahan untuk hak imejnya.

Pendapatan daripada kontrak baru dan tawaran sebagai duta dan model produk menjadikan Beckham pemain dengan bayaran tertinggi di dunia pada masa itu. Walaupun mengalami kecederaan, musim 2001–2002 boleh dikatakan musim terbaik Beckham sebagai pemain United. Beckham menjaringkan 11 gol dalam 28 perlawanan liga, dan 16 gol keseluruhan daripada 42 perlawanan dalam semua pertandingan, terbaik dalam kariernya.

Real Madrid (2003-2007)

Selepas meninggalkan Manchester United, Pada 2003 beliau menandatangai kontak empat tahun untuk bermain dengan Real Madrid yang berakhir pada bulan Jun 2007. Bersama Real Madrid, Beckham membuat 116 penampilan dan menjaringkan 13 gol. Beckham menyarung jersi bernombor 23 bersama Real kerana jernsi nombor 7 ketika itu adalah hak mutlak Raul lagenda Real Madrid. Beckham memilih nombor 23 kerana mengagumi idola beliau Michael Jordan yang memakai jersi 23 semasa bermain bola keranjang.

Semasa musim panas 2003, Barcelona dan lagi kelab mengumumkan akan menandatangi Beckham tetapi akhirnya Beckham menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €35 juta berserta kontak 4 tahun.

Menurut laporan Majalah Forbes sepanjang 4 tahun Beckham bersama Real Madrid, pengaruh Beckham sebagai Individu yang ikonik telah melonjakkan jualan cenderamata kelab yang membawa pulangan sebanyak US$600 juta.

david-beckham-real-madrid

LA Galaxy (2007-2012)

Pada 11 Januari 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun yang ditawarkan kelab Amerika Syarikat LA Galaxy dan mula bermain untuk kelab pada Ogos setelah kontraknya di Real Madrid berakhir. Beliau bermain menentang New York Red Bulls di hadapan 66,237 penonton di Giants Stadium yang menyaksikan kehadiran tertinggi pernah dicatat dalam sejarah musim itu.

116983811__357676b

Paris Saint-Germain (2013-bersara)


Beckham mengakhiri karier bola sepaknya bersama PSG.

David-Beckham-PSG-v-Marseille-salute_2906045

Sumber : Wikipedia

Baca Juga

Baca Juga