Robert Lewandowski Akhirnya Dinobatkan Pemain Terbaik Dunia

Akihrnya Robert Lewandowski mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dengan kecemerlangan beliau yang sebelum ini sekadar hanya tersenarai dan berada dihujung-hujung sahaja.

Namun tidak untuk tahun ini dengan kejayaan treble dan menjadi penjaring tebanyak dihampir setiap kejohanan beliau bermain, Lewandowski sememangnya layak.

Aktif main Tik Tok baru menang.

Robert Lewandowski telah mengutip 52 mata meninggalakan Cristiano Ronaldo yang mengutip 38 matadengan perbezaan 12 mata dan Lionel Messi ditempat ketiga dengan 35 disusuli Sadio Mane.

Ternyata penguasaan Ronaldo-Messi masih lagi kuat untuk menarik pengundi terus memberi undi kepada mereka walaupun pencapaian tidak begitu luar biasa pada tahap mereka.

Pemain Bayern Munich menyifatkan kemenangan ini sangat luar biasa kerana berjaya berada diatas Ronaldo dan Messi. Usaha keras beliau akhirnya berbaloi-baloi

Presiden FIFA, Gianni Infantino sendiri telah hadir untuk menyampaikan trofi FIFA Best Men 2020 kepada Lewandowski dalam satu acara tertutup.

Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah Lewandowski dengan menjadi pemain bola sepak terbaik dunia.

Senarai Kecermerlangan Lewandowski

Robert Lewandowski tidak dapat disangkal lagi kehebatan, ketajaman dan betapa prolifiknya beliau ketika di dalam kotak penalti sejak beberapa musim lalu mencetak gol demi gol seperti kilang mesin cetak.

Tapi sayang, pemain berasal dari Poland ini gagal untuk memecah masuk untuk menjadi 3 calon pemenang terakhir saban tahun dan hanya berada dalam senarai 11 terbaik.

Tahun 2020, menyaksikan Lewandowski berjaya memecah masuk ke senarai akhir dan pada Oktober lalu Lewandowski telah dipilih sebagai pemain terbaik Eropah (UEFA Men’s Player of the Year) bagi musim 2019/20.

Musim 2019/20 menyaksikan Bayern Munich telah mempamerkan antara prestasi terhebat mereka dalam sejarah 120 tahun kewujudan mereka samada di peringkat domestik dan Eropah.

Dalam musim terhebat Bayern Munich mengecap treble ini tiada pemain yang memberi sumbangan yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Robert Lewandowski.

Pemain penyerang Poland ini telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dalam perjalan Bayern Munich ke final Champions League yang berlangsung di Lisbon.

Walaupun sibuk dan aktif bermain Tik Tok di luar sana, di dalam padang Champions League, Lewandowski telah menjaringkan 15 gol dan 6 assist.

Di Bundesliga juga Lewandowski telah menjaringkan 34 gol dalam 31 perlawanan liga dan mencetak 6 gol dalam 5 perlawanan di German Cup.

Pencapaian Robert Lewandowski musim 2019/20:

1. Juara UEFA Champions League

2. Juara Bundesliga

3. Juara German Cup

4. Penjaring terbanyak UEFA Champions League – 15 gol

5. Pemain tahunan squad UEFA Champions League

6. Penjaring terbanyak Bundesliga – 34 gol

7. Pemain terbaik Bundesliga

UEFA Champions League

Penampilan : 10
Gol : 15 gol
Assists : 6

Bundesliga

Penampilan s: 31
Goal: 34 gol
Assists: 4

2. Cristiano Ronaldo – Juventus / Portugal

Pemain veteran yang bakal mencecah umur 36 bulan hadapan masih lagi tidak dapat lari daripada terus menjadi calon akhir anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Cristiano Ronaldo cemerlang bersama Juventus dan telah menjaringkan 31 gol dan membantu pasukan gergasi Italy itu mengekalkan gelaran Scudetto.

Pemain Portugal ini juga telah mencipta rekod tersendiri apabila menjadi pemain pertama menjaringkan 50 gol di tiga liga berbeza, Premier League, La Liga dan Serie A.

Diperingkat antarabangsa pula Ronaldo semakin hampir untuk menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa yang dipegang oleh pemain Iran, Ali Daie.

3. Lionel Messi – Barcelona / Argentina

Jika ada Cristiano Ronaldo sudah pasti disitulah ada Lionel Messi dalam senarai calon pemenang anugerah, seperti segmen Gegar Vaganza, Ada Lagu Ada Lagi.

Kerana Messi adalah Messi pencapaian Messi musim lalu biasa-biasa saja dan gagal membantu Barcelona memenangi gelaran samada peringkat domestik dan Eropah.

Namun Messi merupakan penjaring terbanyak La Liga dengan 15 gol dan juga pencipta bantuan gol terbanyak dengan 21 assist.

Seperti Ronaldo, Messi juga tiada apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan dengan status mereka sebagai Messi dan Ronaldo.

Biasa ditahap mereka namun jika dibandingkan dengan pemain lain kecuali Robert Lewandowski mereka masih terbaik.

Senarai 25 The Best FIFA Men’s Player

  1. Thiago Alcântara (Spain / FC Bayern München / Liverpool FC)
  2. Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
  3. Kevin De Bruyne (Belgium / Manchester City FC)
  4. Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
  5. Sadio Mané (Senegal / Liverpool FC)
  6. Kylian Mbappé (France / Paris Saint-Germain)
  7. Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)
  8. Neymar (Brazil / Paris Saint-Germain)
  9. Sergio Ramos (Spain / Real Madrid CF)
  10. Mohamed Salah (Egypt / Liverpool FC )
  11. Virgil van Dijk (Netherlands / Liverpool FC)
  12. The Best FIFA Women’s Goalkeeper:
  13. Ann-Katrin Berger (Germany / Chelsea FC Women)
  14. Sarah Bouhaddi (France / Olympique Lyonnais)
  15. Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
  16. Hedvig Lindahl (Sweden / VfL Wolfsburg / Atlético de Madrid Femenino)
  17. Alyssa Naeher (USA / Chicago Red Stars)
  18. Ellie Roebuck (England / Manchester City WFC)
  19. The Best FIFA Men’s Goalkeeper:
  20. Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
  21. Thibaut Courtois (Belgium / Real Madrid CF)
  22. Keylor Navas (Costa Rica / Paris Saint-Germain)
  23. Manuel Neuer (Germany / FC Bayern München)
  24. Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)
  25. Marc-André ter Stegen (Germany / FC Barcelona)
BACA:  Bola Rembatan Lewandowski Menghancurkan Telefon Bimbit Salah Seorang Peminat