Robert Lewandowski Menjaringkan Perfect Hat-Trick Dalam Tempoh 22 Minit

Pemain terbaik dunia FIFA, Robert Lewandowski terus menggegar gawang dengan mencatatkan perfect hat-trick dalam tempoh 22 minit sahaja dalam perlawanan menentang Vfb Stuggart di Bundesliga.

Bayern Munich tidak bermula baik apabila terpaksa bermain 10 orang diawal perlawanan berlangsung selepas Alphonso Davies dilayangkan kad merah pada minit ke-12.

Alphonso Davies pada mulanya hanya dilayangkan kad kuning kerana mengasari Wataru Endo, namun campur tangan Video Assistant Referee (VAR) telah mengubah keputusan tersebut.

Selepas penelitian video daripada VAR, jelas kelihatan Davies telah melakukan stamping yang sangat bahaya ke atas tulang kering Wataru Endo.

Kad kuning serta merta ditarik balik dan terus diberikan layangan kad merah serta secara automatik, Davies dihalau keluar dari padang.

Ketiadaan Alphonso Davies langsung tidak memberi kesan kepada Bayern Munich untuk membelasah Vfb Stuggart.

Gol pertama Bayern Munich terhasil melalui satu jolokan kaki kanan dari Robert Lewandowski selepas menerima hantaran daripada Serge Gnabry pada minit ke-17.

Empat minit kemudian Serge Gnabry pula mencetak nama selaku penjaring selepas menyempurnakan hantaran Leroy Sane yang bermain 1-2 bersama Thomas Muller.

Seminit selepas gol Gnabry, Robert Lewandowsi menjaringkan gol ketiga Bayern munich melalui sundulan bebasyang berpunca dari lambungan Thomas Muller.

Pada minit ke-39, Robert Lewandowsik mencetak perfect hat-trick dengan remabtan kaki kiri untuk menjadikan kedudukanBayern Munich 4-0 Vfb Stuggart.

Hartrik sempurna terhasil apabila tiga gol dijaringkan melalui kaki kanan, kiri dan tandukan. Macam Cristiano Ronaldo selalu buat.

Lebih kurang 22 minit Bayern Munich menjaringkan empat gol dan dalam tempoh yang sama juga Lewandowski melalukan hatrik yang sempurna.

Hatrik sempurna ini merupakan gol yang ke-33, 34 dan 35 dijaringkan penyerang dari Poland itu di Bundesliga musim ini dalam 25 perlawanan. Gila mesin gol.

Entah pasukan mana yang bermain 10 orang.

Dalam semua kejohanan musim ini, Robert Lewandowski telah menjaringkan 42 gol dan merekod jaringan 40+ buat enam musim berturut-turut.

Dengan 8 perlawanan Bundesliga musim ini masih berbaki, Lewandowski telah memecahkan rekod jaringan musim lepas, 34 gol.

Memasuki usia 32 tahun, Lewandowski dilihat semakin garang di depan gol dan tiada tanda mengalami sebarang kemerosotan.

BACA:  Robert Lewandowski Dinobatkan Pemain Terbaik Eropah 2019/20