Roberto Firmino Terima Bonus Lumayan Di Liverpool

Roberto Firmino, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan gaji mingguan sebanyak RM381 000 (£68,085), penyerang sensasi Liverpool ini agak ketinggalan jika nak dibandingkan dengan gaji pemain top yang lain di EPL.

Walaubagaimanapun, pemain yang berasal dari Brazil ini tidak mempunyai masalah untuk mengumpul kekayaan peribadi dan menikmati kehidupan mewah. Ini kerana, bonus prestasi yang termaktub di dalam kontrak beliau begitu lumayan.

Tuah Ayam Nampak Di Kaki (Photo: REUTERS)

Disember lepas, wartawan German Michael Reis yang menulis untuk Sport BILD, telah mendapat maklumat tentang kontrak pemain jersi nombor 11 Liverpool ini.

Micheal Reis melaporkan bahawa Firmino layak untuk mendapat ganjaran bayaran dengan nilai tertentu jika berjaya menjaringkan gol sebanyak yang tertentu (kecuali gol penalti) untuk pasukan Liverpool sahaja.

Bonus Jaringan Gol

Menurut Football Leaks: The Dirty Business of Football, Roberto Firmino akan terpaksa menerima bayaran setiap kali melakukan jaringan atau membantu rakan sepasukan menjaringkan gol.

Lima jaringan pertama musim ini menyaksikan Firmino mengumpul sejumlah RM140 000 (£25,000) bayaran bonus untuk setiap gol yang dijaringkan dan sejumlah RM252 000 (£45,000) bonus untuk setiap jaringan yang ke 6 hingga 10.

Musim ini sahaja Firmino telah menerjah gawang lawan sebanyak 12 kali. Ini bermakna beliau telah menerima 2 kali bayaran sebanyak RM364 000 (£65,000) untuk jaringan ke 11 hingga ke 16 seperti yang dipersetujui di dalam kontrak.

Jika beliau berjaya menjaringkan gol yang ke 16 dan seterusnya, setiap jaringan akan dibayar RM476 000 (£85,000).

Diringkaskan bonus setiap jaringan Firmino di Premier League atau Champions League atau Erupoa League dalam satu musim.

1. Gol 1-5 = RM140 000 (£25,000) setiap gol.
2. Gol 6-10 = RM252 000 (£45,000) setiap gol.
3. Gol 11- 15 = RM364 000 (£65,000) setiap gol.
4. Gol ke 16 dan seterusnya = RM476 000 (£85,000) setiap gol.

Bonus Bantuan Gol

Akan tetapi, Firmino bukan sahaja mendapat ganjaran dari jaringan gol semata-mata. Beliau juga dibayar untuk setiap bantuan gol kepada rakan sepasukan.

Musim ini sahaja, Firmino mengatasi rakan sepasukan lain dan berjaya mencipta 73 peluang jaringan untuk diterjemahkan kepada jaringan gol. Dari peluang ini, 6 berjaya menerjah gawang lawan dan membuat Firmino tersenyum girang.

Photo: REUTERS

Pemain berumur 25 tahun ini dengan mudah ‘buat’ duit sebanyak kurang lebih RM173 000 (£31,000) untuk setiap bantuan gol yang dicipta. 6 kali bantuan gol bersamaan dengan kurang lebih RM1.1 juta (£190,000).

Soalan: Dengan 12 jaringan dan 6 bantuan gol setakat ini, berapakah jumlah bonus terkumpul yang diperoleh oleh Roberto Firmino?

Boleh tahan juga kondisi kontrak bonus jaringan Firmino ni ye dok?

Sumber: SportbibleMirror

Baca Juga

Baca Juga