Robertson Menyesal Perbuatan Henyak Kepala Messi

Andrew Robertson berkata beliau sama sekali tidak akan menghenyak dan membuatkan rambut Lionel Messi serabut, seperti apa yang dilakukannya dalam perlawanan Champions League pada musim lalu.

Robertson juga mengakui apa yang dilakukannya itu amat biadap.

Pemain pertahanan tersebut adalah antara pemain yang beraksi ketika Liverpool bangkit dari ketinggalan secara agregat untuk memberikan Barcelona mimpi ngeri di Anfield.

Bagi kebanyakkan penyokong, tindakan Roberson memperlekehkan Messi dianggap seperti hero, selepas kedua-dua pemain bertembung dalam aksi perebutan bola.

Walaupun insiden tersebut tampak ikonik bagi sebahagian daripada penyokong The Kops, Robertson berkata beliau sama sekali tidak akan mengulangi perbuatan sama.

โ€œKedua-dua kami terduduk dan saya bangun lalu menghenyak dan membuatkan rambutnya serabut, saya tidak akan bertindak begitu lagi,โ€ kata Roberton kepada Peter Crouch.

โ€œIa sangat biadap untuk seorang pemain terbaik yang pernah mewarnai bola sepak. Saya benar-benar menyesal dan perbuatan itu kembali dikaitkan. Saya tidak berfikir dengan betul.

Insiden tersebut berlaku pada awal perlawanan ketika skuad Jurgen Klopp memerlukan tiga gol sebelum memaksa perlawanan ke masa tambahan.

Divock Origi menjaringkan gol selepas tujuh minit. Pemain Belgium itu beraksi kerana kecederaan yang menimpa Mohamed Salah pada ketika itu.

Robertson sendiri turut dikeluarkan selepas tamat babak pertama akibat kecederaan dan diantikan dengan Georginio Wijnaldum, yang menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan untuk menyamakan keduduan.

Kemudian tiba gol kemenangan daripada Origi yang terhasil dari sepakan penjurul Trent Alexander-Arnold yang amat popular dan menghiburkan penyokong Liverpool.

Di perlawanan akhir Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur di Madrid, dan kejuaraan keenam di Eropah itu disambut ratusan ribu penyokong Liverpool di jalanan.

Tetapi tidak ramai mengetahui Robertson dan keseluruhan skuad Liverpool terpaksa mengambil bas lain untuk kembali ke Melwood selepas bas elektrik yang digunakan untuk perarakan habis bateri. Nasib baik tak jalan kaki.

Baca Juga

Baca Juga