Robinho Dedah Kisah Ibrahimovich Belasah Gattuso Dengan Jiu Jitsu

Pemain bola sepak penuh bermasalah di luar padang sehingga menghancurkan kariernya, Robinho telah mendedahkan satu kisah di mana Zlatan Ibrahimovich telah membelasah Gennaro Gattuso dengan menggunakan Jiu Jitsu ketika mereka bersama di Milan.

Jiu Jitsu ialah seni mempertahankan diri dan sukan tempur berdasarkan pertempuran darat (ne-waza) dan pegangan penyerahan. Ia menumpukan pada kemahiran membawa lawan ke tanah, mengawal lawan, mendapatkan kedudukan dominan, dan menggunakan beberapa teknik untuk memaksa lawan menyerah melalui jurus kuncian atau cekikan.

Zlatan Ibrahimovic dan Gennaro Gattuso mempunyai satu persamaan yang jelas iaitu kepala gila yang tidak boleh bawa bincang yang menjadikan mereka digeruni oleh lawan ketika di padang.

Semua orang tahu Zlatan Ibrahimovic gemar akan seni mempertahankan diri. Pemain dari Sweden itu telah melalui karier bola sepak dengan beraksi untuk beberapa kelab besar serata Eropah.

Kelab-kelab tersebut termasuklah Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, Milan, PSG, Manchester United, LA Galaxy dan kini kembali menjadi tonggak bersama AC Milan walaupun sudah memasuki usia 40 tahun

Lebih menarik, penyerang berusia 40 tahun itu akan memenangi trofi walau di mana pun beliau beraksi. Dan juga mencetuskan benda tidak masuk akal.

Gennaro Gattuso kini berusia 43 tahun telah bergelar pengurus selepas bersara pada tahun 2013 ketika berusia 35 tahun bersama kelab Sion.

Jawatan pengurus pertama disandang oleh Gattuso ialah bersama FC Sion. Gattuso yang kini berusia 43 tahun turut pernah melatih Palermo, OFI Crete dan Pisa sebelum dipanggil melatih skuad remaja Milan pada 2017.

Gattuso kemudiannya mengendalikan skuad utama Milan selepas kelab itu memecat Vincenzo Montella pada tahun yang sama.

Pemain tengah berjambang yang cukup agresif ketika beraksi di tengah padang itu bagaimanapun dilepaskan Milan pada musim lalu setelah hanya menamatkan saingan 2018/19 du kedudukan ke-5.

Gattuso bagaimanapun terus disambar oleh Napoli untuk menggantikan Carlo Ancelotti di Napoli, di mana beliau meraih trofi pertama sebagai pengurus apabila Napoli muncul juara Coppa Italia.

Dan kita semua turut tahu betapa besarnya ego dan tahap keyakinan yang sering ditampilkan oleh Zlatan ketika di dalam padang dan diluar padang pula kita selalu mendengar kata-kata hikmah Zlatan yang tidak masuk akal.

Rakan sepasukan Gennaro Gattuso dan Ibrahimovic di Milan pada ketika itu, Robinho berkongsi kisah apabila dua pemain dengan watak panas itu bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun menyedari Ibrahimovic memiliki tali pinggang hitam Taekwando, rakan sepasukan di Milan sebelum ini, Gennaro Gattuson sengaja mengejek dan melakukan provokasi terhadap Zlatan Ibrahimovic secara berterusan – ketika sedang berlatih di kelab tersebut.

Tetapi Gattuso juga sangat terkenal mempunyai karakter agresif, dan corak permainan yang sering melakukan konfrontasi terhadap lawan, dan juga jurulatih.

Mungkin kerana itu Ibrahimovic berdiam diri namun akhirnya Zlatan tidak dapat menahan diri lagi apabila mencabar Gattuso berlawan menggunakan seni mempertahankan diri Jiu Jitsu.

Gennaro Gattuso yang juga kepala gila dan agresif nyata tidak mungkin akan menolak cabaran itu. Zlatan dikisahkan telah membakul sampahkan Gattuso dalam pertarungan itu.

“Satu hari ketika sedang menjalani latihan, dia [Ibrahimovic] mencabar Gattuso untuk berlawan jiu-jitsu.” Dedah Robinho.

“Di hadapan mata, anda boleh melihat lelaki ganas ini [Gattuso] membuka langkah menentang Zlatan – yang memiliki tali pinggang hitam.”

“Siapa menang? Zlatan sentiasa menang…”

Dan jelas sekali Gattuso benar-benar bertemu lawannya yang sebenar pada ketika itu. Buku bertemu ruas. Sudah pasti Zlatan yang lebih tegap dan mempunyai ilmu pertahanan diri tahap tertinggi itu menang.

Ibrahimovic juga sering berkata beliau adalah individu bertanggungjawab dalam memaksa Milan untuk membawa masuk Robinho ke kelab Serie A itu.

“Zlatan selalu berkata: ‘Anda di sini disebabkan saya’.

“Adakah beliau angkuh? Ya, tetapi untuk tujuan yang baik. Beliau amat yakin dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki.

“Pada saya, beliau adalah seorang penyerang yang sepatutnya seseorang pemain bola sepak impikan.”

Pedih juga buat Robinho apabila Zlatan Ibrahimovic selalu mengungkit dan mengingat Robinho bahawa beliau bersama AC Milan disebabkan pengaruh Zlatan.

Tanpa Zlatan terus hauk karier Robinho yang gagal mencapai potensi yang sebenar seperti kebanyakkan pemain Brazil yang lain.

BACA:  Zlatan Tidak Berminat Untuk Kembali Bermain Di Eropah Secara Pinjaman Januari Nanti